3 soalan ‘panas’ yang orang suka tanya pada pasangan yang baru kahwin…

Jika waktu bujang dahulu anda sering disogok dengan pertanyaan ‘bila nak kahwin?’, bersiap sedialah selepas berkahwin. Lebih banyak lagi soalan membuatkan anda kadang mengeluh dan penat untuk mendengar.

Bukan apa, soalan-soalan yang diaju pada pendapat penulis ianya peribadi, sensitif dan memerlukan pandangan pasangan kita juga. Bila hidup berdua ini tidak boleh membabi buta menjawab tanpa ada perbincangan bersama.
Jika ada pembaca yang bakal berumah tangga, sentiasa ingat selepas berkahwin banyak lagi perkara yang anda perlu tempuh. Perkahwinan bukan penamat dalam hubungan cinta anda dan pasangan tapi baru sahaja permulaan.


Perancangan anak

Topik bagi penulis paling sensitif sekali ialah perihal anak. Budaya lapuk bertanyakan soal anak patut ditinggalkan dan tak perlu lagi mengecop anak itu sebagai tanda kebahagian perkahwinan seseorang itu.
Kadang tak sampai seminggu kahwin, sudah ada yang bertanya tentang ‘lekat’. Ada juga rakan penulis yang ‘tak relevan’ asyik kaitkan segala aktiviti penulis di sosial media tentang mengandung. Omg girl, you should stop!


Pendapatan pasangan

Wujud manusia yang ingin tahu segala depan belakang tentang pasangan kita. Soalan yang paling kerap ditanya ialah ‘gaji’. “Berapa gaji suami kau?”, “Mampu ke dia tu?” dan pelbagai lagi bentuk soalan yang sinonim. Macam mana nak handle dengan soalan ini? Penulis gemar menjawab dalam keadaan berjenaka seperti “Gaji dia berjuta-juta sampai kita pun tak pasti”. Tamat.


Kisah mertua

Hati-hati apabila bertemu dengan rakan atau saudara berhati ‘bawang’. Mereka cuba untuk mengorek apa sahaja permasalahan dalam hati kita. Kalau ada yang bertanya, cukup untuk anda bercerita tentang keadaan semasa dan perkara yang baik-baik. Buat untuk memanaskan keadaan lagi? Yang akhirnya membawa kepada lebih banyak masalah. Biasalah kita dan mertua, dua individu yang berbeza memang pasti ada tidak ngam. Itu semua asam garam kehidupan kan.

Tips bila dapat soalan-soalan seperti diatas?


Pertama senyum dahulu supaya sedikit sebanyak dapat menyejukkan hati. Kemudian jawab sahaja dalam keadaan bersahaja dan fakta. Sebagai contoh, “Kau bila nak ada anak?”, jawab sahaja “Kalau Allah kasi, ada lah..doakan yang baik-baik”. Cukup, selepas itu anda tak perlu menambah apa-apa. Jika makin melayan atau melawan orang ‘cetek fikiran’ ini kita pun dua kali lama.

Paling penting! Sentiasa update dengan pasangan tentang apa perkara sekalipun. Jangan disimpan didalam hati seorang. Apa motif anda kahwin kalau duk berduka sendirian.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart