10 pereka kad kahwin yang mampu menjadikan jemputan anda lebih indah

Zaman sekarang ni ramai yang dah pandai berfikir diluar kotak. Macam-macam idea kreatif terfikir untuk nampak unik, kreatif, cantik dan paling utama nampak RARE.

Yelah, ini je lah masanya nak tunjukkan level kreatif sendiri kan dengan idea-idea yang adakalanya mencuit hati. Rakyat Malaysia sememangnya kreatif dan inovatif. Tak gitu..?

Jom kami kongsikan, pereka kad kahwin yang boleh anda tempah. Yang pasti rekaan kad mereka semua cantik, unik dan harga pun cun.

1. Kad Lawo

Pernah terfikir untuk menggunakan corak nenas untuk kad jemputan anda? Jadikannya kenyataan dengan rekaan-rekaan Kad Lawo yang moden dan quirky!

Lokasi: Shah Alam | Rawang | Kuantan | Johor Bahru | Kuala Terengganu


2. PURDY by Misschqa

Kad jemputan bercorak floral tidak semestinya old-fashioned! Rekaan-rekaan mempesonakan oleh PURDY by Misschqa sesuai untuk bakal-bakal pengantin yang inginkan kad jemputan penuh keanggunan.
Alamat: No.16A, Jalan Medan Pusat 2C,Persiaran Bangi Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi
Whatsapp: +6012 776 0489
E-mel: purdystudio@gmail.com

3. IjabdanQabul

Kad berbentuk segiempat terlalu mainstream untuk anda? Cubalah rekaan IjabdanQabul yang menggunakan teknik die-cut ini!
Alamat: Taman Alam Indah, Seksyen 33, Shah Alam
Whatsapp: +6012 726 3515
E-mel: order@ijabdanqabul.com

4. Card + Co.

Mungkin anda perlukan kad kahwin digital supaya mudah dan cepat dihantar kepada kawan-kawan dan sanak saudara? Katalog e-kad Card + Co. yang elegan dan minimalis pasti menarik perhatian!
Lokasi: Kuala Lumpur
Whatsapp: +6012 352 0445
E-mel: cardncokl@gmail.com

5. ArtchetakCorak

polka dot memberikan elemen cute kepada kad jemputan, sesuai dengan bakal pengantin yang comel dan periang! Selain polka dot, banyak lagi rekaan moden yang disediakan oleh Artchetak, termasuk corak floral.
Alamat: E14/439 Jalan Pahlawan Ahmad, 26800 Kuala Rompin, Pahang
Whatsapp: +6018 908 3351
E-mel: enquiries@artchetak.com

6. Nigina Art

Warna-warna pastel yang digunakan oleh Nigina Art dalam kad-kadnya menghasilkan rekaan yang nampak segar dan feminin!
Lokasi: Bukit Subang, Shah Alam
Whatsapp: +6014 852 5251
E-mel: niginaart31@gmail.com

7. Seri Sireh Kad Kahwin

Pasangan-pasangan berjiwa klasik pasti terpikat dengan kad-kad yang terdapat di Seri Sireh Kad Kahwin, termasuk design berkerawang keemasan dan tambahan riben luxe sebagai pelengkap.
Alamat: No.15, Jalan Brunei Selatan, Off Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur
Whatsapp: +6017 255 8298
E-mel: serisirehkad@gmail.com

8. Diana Nuzuin

Bagi bakal-bakal pengantin yang menitikberatkan jenis-jenis font yang digunakan dalam rekaan kad jemputan, bolehlah memilih stail tulisan yang menjadi idaman hati dengan rekaan-rekaan Diana Nuzuin.
Lokasi: Kuala Lumpur
Whatsapp: +6013 258 0655
E-mel: diananuzuin@live.com

9. Studio Belimbing Besi

Minat kad kahwin berasaskan craft paper? Pilih dari pelbagai design vintaj yang disediakan oleh Studio Belimbing Besi!
Lokasi: Batu Pahat, Johor
Whatsapp: +6010 436 9499

10. Muquera Creative

Dari rekaan klasik ke design moden, semuanya lawa dengan sentuhan artistik yang diberikan Muquera Creative.
Lokasi: Setiawangsa, Kuala Lumpur
Whatsapp: +6012 310 2265
E-mel: muqueracreative@yahoo.com


Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top