10 Jawapan paling padu bila ditanya ‘Bila nak kahwin’?

Masyarakat Malaysia memang terkenal dengan sikap prihatin. Tapi adakalanya, prihatin yang tak bertempat. Bagi yang bujang, confirm selalu akan mengadap soalan “Bila Nak Kahwin?”, “Bila nak berumahtangga?”.

Diorang ingat kahwin tu macam buat ABC? Kadang-kadang penat nak melayan soalan yang tak ada penutup ni. Tapi korang tak payah pening, sebab 20 jawapan kat bawah ni akan membuatkan sesiapa sahaja yang menanya akan sentap dan mungkin itulah kali terakhir soalan tu korang akan dengar.

10 Cara jawapan padu kepada soalan “Bila Nak Kahwin?”

1. “Saya masih mahu berjasa untuk family.”
2. “Jodoh lambat ini ujian dari Allah untukku sebab Dia tahu aku boleh hadapinya. Kau tak dapat dugaan ini sebab mungkin kau tak boleh hidup apabila ditanya berkali-kali soalan ini”

3. “Dah siap tertulis dengan siapa dan bila aku nak kahwin. Tapi Allah tak reveal lagi padaku.”
4. “Mana Boleh jawab La… Jodoh tu kan rahsia.. Hufff”

5. “Esok pun boleh apabila dah tersurat ada calon.”
6. “Tunggu suami makcik kahwin lagi lah.”7. “InsyaAllah bulan 9 nanti. Tahun belum tahu lagi”
8. “Jangan nak tanya sangat. Nanti aku mengorat suami kau, baru kau tahu.”
9. “Nak sponsor ke?”
10. “Kau tahu ke bila kau nak mati?”

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top