Wow! Insentif RM200 untuk pengantin dari Pahang

Mulai tahun ini, negeri Pahang menyediakan insentif khas untuk perkahwinan kali pertama sebanyak RM200 bagi pengantin lelaki berpendapatan RM5,000 dan ke bawah.


Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosfy Wan Ismail, menjelaskan bahawa insentif tersebut bakal memberi manfaat kepada hampir 14,000 pasangan dan kos keseluruhan dianggarkan sebanyak RM2.8 juta.


Menurutnya, kerajaan negeri turut menyediakan bantuan khas one-off kepada golongan miskin termasuk ibu tunggal dan warga emas yang dalam kategori miskin sebanyak RM300.


Insentif ini dijangka memberi manfaat kepada hampir 25,000 golongan miskin di Pahang dengan kos keseluruhan sebanyak RM7.5 juta.


Kita juga menyediakan bayaran khas one-off kepada setiap 542 anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) di Pahang sebanyak RM5,000 dengan peruntukan sebanyak RM2.71 juta.


“Ini menepati prinsip kerajaan negeri untuk memulangkan kembali faedah dan manfaat kepada rakyat daripada hasil yang diperoleh,” katanya.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top