Wow! 10 cara paling cepat SLIM sebelum majlis kahwin

Wow! 10 cara paling cepat SLIM sebelum majlis kahwin

Rasanya, kalau kita tanya ramai bakal pengantin apakah harapan mereka sebelum tibanya hari pernikahan, sudah pasti ramai yang jawab: “Saya nak turunkan berat badan!” Ya, kita semua ingin kelihatan slim dan menawan ketika mengenakan busana pengantin. Jadi, kami akan berkongsi dengan anda 10 cara turunkan berat badan.

10 cara cepat untuk turunkan berat badan, anda sebagai bakal pengantin perlu cuba!

Yang bestnya tentang tip-tip ini adalah, kaedah ini tidaklah susah untuk dipraktikkan dan ianya juga amat berkesan. Anda nak cuba tak? Kalau ya, jom baca artikel ini sampai habis dan pilih mana-mana cara yang anda rasakan sesuai untuk diri sendiri, ok?

Anda hanya perlukan sedikit disiplin diri dan kekuatan untuk menangkis godaan-godaan kek, teh ais madu, nasi lemak ayam rendang dan pizza hut. Makan benda sebegini memanglah takkan bantu anda turunkan berat badan!

1) Hentikan pengambilan gula putih serta-merta

Antara cara paling mudah dan berkesan untuk para pengantin cuba bagi menurunkan berat badan adalah dengan menyekat pengambilan gula putih serta-merta.

Walaupun gula, atau juga dikenali sebagai glukosa, fruktosa, dan sukrosa, ada dalam banyak makanan, anda masih boleh mengelak daripada mengambil gula yang jelas kelihatan, iaitu gula putih yang diproses. Jangan minum air manis, elakkan pemanis mulut ataupun jauhi daripada makan buah manis.

Selain itu, anda juga perlu elak daripada mengambil:

  • Sos cili, tomato dan kicap yang tinggi gula
  • Mayonis
  • Buah tinggi gula seperti mangga, pisang, dan tembikai

Cara ini amat berkesan kerana dengan mengelakkan pengambilan gula, anda telah mengurangkan pengambilan kalori dalam makanan anda, tanpa anda sendiri perasan tentangnya! Jadi, kalau anda ingin capai berat badan ideal anda, mulakan dengan minum banyak air kosong dan katakan ‘TIDAK!’ pada air atau makanan bergula!

2.      Kurangkan mengambil makanan dari sumber karbohidrat

Selain daripada menahan diri daripada mengambil gula putih, ada satu lagi cara yang berkesan untuk anda turunkan berat badan. Nak tahu apa dia? Kurangkan daripada makan karbohidrat!

Karbohidrat itu apa? Ia adalah kumpulan makanan yang merangkumi gula, kanji dan selulosa. Semua ini anda harus kurangkan dengan segera kalau nak cepat turun berat badan. Bila cakap tentang karbohidrat, saya pasti anda terfikir pasal nak kurangkan makan nasi.

Eh, jangan ingat karbohidrat itu nasi sahaja ya! Anda juga perlu elakkan semua jenis mee, kentang, gandum, roti, dan pasta. Semua ini adalah makanan berasaskan karbohidrat.

Apabila anda kurangkan pengambilan karbohidrat, badan anda akan mula memproses lemak yang tersimpan dalam badan anda untuk mendapatkan tenaga. Bila badan anda memproses lemak dengan baik, sebab itulah berat badan anda akan turun!

Diabetes concept suggesting no sugar consumption to improve your health
3.      Masukkan teh hijau dalam diet harian anda

Sememangnya, dalam usaha untuk mengurangkan berat badan, 80% daripada caranya adalah melalui diet pemakanan! Jadi, cara seterusnya untuk bakal-bakal pengantin seperti anda turunkan berat badan adalah dengan mengambil minuman teh hijau setiap hari.

Anda boleh beli produk teh hijau di pasaraya terdekat dan bancuhnya sendiri di rumah. Ingat, JANGAN sekali-kali memasukkan gula putih!

Letakkan uncang teh ke dalam cawan, tuangkan air panas dan minum begitu sahaja. Kalau anda masukkan gula, akan hancurlah impian anda untuk nampak slim dan fit ketika berkahwinan nanti (baca point #1). Kalau nak lagi sihat, masukkan serai dan halia. Ia membantu mengurangkan angin dalam badan. Perut pun boleh menjadi kurang kembung!

Bagaimana teh hijau dapat mengurangkan berat badan anda? Teh hijau dikatakan dapat membantu meningkatkan metabolisme badan secara semulajadi. Malah, ia turut menggalakkan pembakaran lemak dalam badan. Jadi, ambillah teh hijau setiap hari kalau nak kurus ya. Memang cepat perut boroi anda mengecil, hehe…

4.      Amalkan Diet Atkin atau Diet Keto secara berdisiplin

Selain cara-cara di atas, anda juga boleh cuba mengamalkan sama ada diet Atkin atau diet Keto, atau nama penuhnya Diet Ketogenik.

Diet Atkin adalah cara pemakanan yang rendah-karbo, tinggi-protein. Manakala, Diet Keto pula adalah rendah-karbo dan tinggi-lemak.

Memang ada sedikit beza antara kedua-duanya. Tetapi, fungsinya lebih kurang sama, iaitu mempercepatkan pembakaran lemak dalam badan.

Kalau anda nak tahu, gabungan diet point #1 dan #2 yang dikongsikan di atas juga hampir menyerupai kaedah Diet Atkin di mana ia mengurangkan pengambilan kanji yang ada dalam karbo serta gula dalam beberapa fasa.

Cumanya, kalau anda mengikuti Diet Atkin betul-betul, ia ada beberapa pantang-larang tambahan yang lain lagi. Jadi, pilihlah salah satu diet ini dan ikutinya ya.

Anda juga perlu tahu yang antara kesan sampingan yang boleh berlaku selepas mengamalkan diet ini adalah: badan anda mungkin akan sedikit menggeletar kerana tidak biasa hidup tanpa gula atau kanji. Tapi jangan risau, selepas 4 ke 5 hari, badan anda akan biasa dengan diet baru ini.

Yang paling penting, dapatkan nasihat doktor atau pakar pemakanan dahulu jika anda ada masalah kesihatan. Tidak boleh main ikut saja, takut terjejas pula kesihatan anda.

5.      Berjalan selama 30 minit setiap hari

Selain daripada mengawal makan, anda juga boleh cepat turunkan berat badan kalau mengamalkan aktiviti berjalan kaki selama 30 minit setiap hari. Senang kan? Tak perlulah sampai bersenam secara berat.

Setiap pagi, luangkan masa selama setengah jam untuk berjalan-jalan, sama ada di taman, di atas treadmill di gimnasium, mahupun window-shopping di mall! Kalau boleh, cuba capai 10,000 langkah setiap hari. Ia bukan sahaja baik untuk badan (kelihatan kurus), malah amalan senaman ini juga bagus untuk kesihatan jantung anda!

Macam mana nak track langkah anda? Senang saja. Beli fitness watch atau pegang smartphone anda sambil bersenam. Ia akan membantu mengira langkah anda! Macam mana pula senaman berjalan kaki boleh membantu anda menguruskan badan, kan?

Aktiviti mudah ini sebenarnya boleh memperbaiki respon sistem badan anda terhadap insulin. Penambahbaikan ini seterusnya membantu mengurangkan lemak-lemak yang bersarang pada bahagian perut anda. Bila berat sudah turun dan perut semakin kempis, mudahlah anda nak pakai baju pengantin nanti!

6.      Ambil nasi tapi ikut strategi bernas ini

Okay, Ada orang memang tak boleh hidup tanpa nasi. Jadi, apa yang boleh buat adalah anda masih lagi makan nasi setiap hari. Tapi, kalau anda nak muat pakai baju pengantin anda di hari perkahwinan nanti, pastikan anda ikut tip cepat kurus ini.

  • Letak nasi suku pinggan sahaja. Atau satu senduk kecil. Pastikan ianya sebesar saiz penumbuk anda sahaja. Jangan tambah.
  • Kalau perlu pilih antara nasi goreng atau nasi putih, pilih nasi putih. Ia lebih kurang kalori.
  • Kalau perlu pilih antara beras putih biasa dan beras putih basmathi, pilih basmathi. Ia lebih ringan dan kurang kanji.
  • Jangan letak kuah gulai pada nasi. Ambil lauk sahaja tanpa kuah. Nasi banjir sangatlah perlu dielakkan!

Kemudian, selepas makan nasi, jangan minum air manis. Ambil air kosong sahaja. Okay? Lakukan tip pemakanan ini selama beberapa minggu. S

7.      Dapatkan tidur yang mencukupi, 7 ke 8 jam setiap malam

Wah! Siapa sangka, kan? Senang rupanya nak turunkan berat badan. Anda hanya perlu cukup tidur sahaja. Tapi untuk anak muda, nak dapatkan tidur yang cukup bukan satu perkara yang mudah.

Ramai antara kita yang suka tidur lewat malam, sama ada terleka melepak dengan kawan di luar atau menonton TV hingga larut malam.

Kalau anda nak turunkan berat badan sebelum berkahwin dan nampak cantik ketika bersanding atas pelamin pengantin, anda perlu ikut tip ini! Dengan tidur yang cukup antara 7 ke 8 jam setiap malam, anda sebenarnya membantu meningkatkan metabolisme badan!

Jadi, makin cepatlah badan anda memproses makanan dan makin kuranglah berat badan anda. Logik, bukan? Selepas ini, pastikan anda tidur awal dan dapatkan tidur yang berkualiti selama 7 ke 8 jam, okay!

8.      Elakkan daripada makan luar di restoran ketika diet

Lagi satu cara kalau anda mahu cepat turunkan berat badan adalah: anda perlu elak daripada makan di restoran ketika sedang diet!

Semasa dalam usaha untuk kembali kurus, sangat penting untuk anda jaga portion makanan yang diambil. Kuantiti makanan dalam pinggan anda perlu kecil dan tidak berlebihan. Kalau anda makan di restoran, hal ini sangat susah untuk dikawal.

Lagi-lagi, kalau anda makan di kedai hipster. Nah, pinggannya sebesar alam dan kuantiti makanan pun banyak. Bila sudah order, takkanlah kita nak membazir. Maka, mahu tak mahu, kita terpaksa habiskan. Alamak, hancurlah diet anda nanti. Jadi, masak di rumah sajalah ya. Lebih mudah untuk anda kawal kuantiti makanan dalam pinggan. 

9.      Jangan makan selepas pukul 8pm

Selain cara pemakanan dan senaman ringan selama setengah jam setiap hari, anda juga perlu perhatikan waktu makan malam anda. Ya, percaya atau tidak, waktu dinner anda sebenarnya dapat mempengaruhi berat badan anda!

Antara cara untuk turunkan berat badan adalah anda perlu pastikan anda berhenti makan 3 ke 4 jam sebelum anda masuk tidur. Jangan tidur dalam keadaan perut penuh. Jika anda makan lewat malam, ia akan meningkatkan tahap trigliserida dalam badan anda yang kemudiannya menggalakkan penyimpanan lemak dalam badan.

Macam mana nak kurus kalau anda asyik simpan lemak dalam badan, kan? Jadi elaklah daripada makan di tengah malam. Cuba amalkan makan dinner antara waktu 6pm ke 8pm – jangan lewat daripada itu!

10. Berpuasa dari makan sekurang-kurangnya 12 jam

Lagi satu cara paling cepat untuk turunkan berat badan adalah dengan berpuasa daripada mengambil sebarang makanan selama 12 jam. Antara cara mudah adalah:

  • Ambil dinner pukul 7 malam dan jangan makan langsung selepas dinner.
  • Bila anda bangun pagi keesokannya, makan sarapan pada pukul 8 pagi.

Kalau anda perasan, jadual makan di atas telah membuatkan anda berpuasa selama 12 jam! Jika anda berasa lapar pada waktu malam, minum air kosong sahaja. Dan ingat, anda mesti tidur awal dan dapatkan tidur yang mencukupi.

Bagi pengantin yang beragama Islam, anda juga boleh mengamalkan puasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis secara berterusan sehinggalah ke hari pernikahan anda. Selain berpuasa sunat, pastikan anda tidak minum minuman manis atau makan berlebihan ketika berbuka puasa. Pahala dapat, badan pun kurus!

Jom cuba tip-tip cepat kurus untuk bakal pengantin di atas!

Amalkan semua langkah di atas dan dalam masa seminggu dua, perhatikan bezanya pada berat badan anda! Antara kesan positifnya adalah seluar jeans anda akan semakin longgar dan mudah sahaja untuk anda mengenakan pakaian pengantin. Pasti anda nampak sihat, cantik dan berseri-seri di hari bahagia anda itu nanti.

Back to Top