10 Trend Warna Baju Pengantin 2023 Yang “Meletop” Untuk Majlis Nikah dan Sanding

Kedatangan tahun baru 2023 disambut dengan mengharapkan sesuatu yang lebih baik dari tahun lalu. Awal tahun ini, tentunya ramai bakal-bakal pengantin baru sedang menunggu trend warna baju pengantin 2023 terkini yang meletop dan glamours.

Artikel pada kali ini, kami akan membantu anda untuk mempersiapkan diri tampil lebih bergaya dan trendy di majlis bersejarah dalam hidup iaitu majlis perkahwinan anda sendiri. Gaya itu penting kerana ia akan menjadi momen yang terakam dalam memori selama-lamanya.

1.  Emerald Green

warna baju pengantin 2023

Emerald green atau dikenali sebagai hijau zamrud dikategorikan sebagai warna yang tidak lapuk dek zaman kerana pasangan pengantin sering mengayakannya untuk baju kahwin malah ramai juga yang menjadikan ia sebagai tema utama majlis.

Warna ini terhasil daripada gabungan tiga warna iaitu hijau, hitam, dan sedikit warna putih.

Di tahun 2022 kita boleh nampak bagaimana warna emerald green memberi impak yang sangat hebat kepada dunia fesyen tidak kira di dalam mahupun luar negara.

Selain pelakon cantik manis, Neelofa pernah mengenakan warna ini, artis lain seperti Dynas dan Linda Onn pun turut sama mengenakan busana berona hijau ini pada majlis berprestij lain. Apa yang lebih menarik lagi Scha Alyahya turut pernah mengenakan busana berona emerald green pada majlis perkahwinannya.

Bagi anda yang mahukan kombinasi warna yang lain yang sepadan untuk dikenakan bersama emerald green, padanan warna biru muda, perak, dan merah jambu amat sesuai sekali.

2. Warna Tanah

warna baju pengantin 2023

Baju pengantin 2023 yang menggunakan warna tanah adalah bersifat asli dan alam sangat sesuai bagi semua jenis warna kulit. Warna ini terhasil daripada campuran warna oren terakota, dan hijau tanah.

Setiap warna tanah yang terkandung di dalamnya mempunyai sedikti warna coklat untuk menaikkan seri warna utama tersebut. Hasilnya memang sempurna untuk majlis perkahwinan anda.

3. Lavender

warna baju pengantin 2023

Bagi anda peminat bunga, pasti tahu bunga seperti lilac, muave, orchid, plum, ungu, dan thistle adalah antara warna lavender. Pada umumnya, warna lavender adalah dari warna ungu yang sederhana iaitu tidak terlalu terang sehingga pucat dan tidak terlalu gelap.

Anda yang memilih konsep tema warna ini pasti berjiwa seni kerana warna lavender melambangkan kemurnian, pengabdian dan cinta. Maka tidak hairanlah warna atau bunganya ini sering dilihat di majlis perkahwinan.

4. Dusty Rose

warna baju pengantin 2023

Ada yang mengenalinya sebagai warna pink belacan. Busana dari dusty pink ini adalah warna pink yang cenderung ke arah nude. Ia memberi gambaran damai dan tenteram kepada si pemakai.

Warna ini turut menjadi pilihan popular baju pengantin 2023 kerana ia memberi kesan anggun dan menawan kepada para mempelai. Jangan risau dengan padanan warna ini kepada kulit anda.

Hal ini kerana, sungguhpun anda berkulit sawo matang, ia tetap sesuai kerana warna ini malah membuatkan kita tampak lebih segar dan ceria.

5. Sage Green

warna baju pengantin 2023

Keunikan warna sage green sehingga ia mempunyai pengemarnya sendiri untuk dekorasi rumah, pakaian, cat ruangan, dan banyak lagi. Sage green adalah warna hijau kekalabuan yang hampir sama dengan daun sage kering.

Warna ini jika dilihat  sangat cantik, lembut, dan memberi aura ketenangan yang menyejukkan mata yang memandang. Gabungan warna sage green sesuai dengan rona hijau, emas, biru laut, atau merah jambu gelap.

6. Sundial

Sundial adalah campuran warna emas, coklat, dan krim. Apabila dipakai pada kulit kita, ia tampak sangat sempurna kerana “match” dengan semua jenis warna kulit.

7. Verdigris

Verdigris atau boleh juga dikenali sebagai panggilan hijau tembaga berasal dari ekstrak kuprum teroksida, dengan warna imbangan antara ke arah biru dan hijau. Pemakaian warna baju pengantin 2023 yang ini mengingatkan kita kembali kepada pakaian tahuan 80-an.

Menurut fakta, mereka yang gemar memakai warna dia verdigris memiliki sikap agresif dan berjiwa muda.

8. Tranquil Blue

Warna tranquil blue membuatkan mata yang memandang sejuk sahaja terasa seperti memandang pemandangan luar, langit, dan air jernih di tasik.

Untuk pengetahuan anda, warna ini berasal dari tona aqua dan marine yang bertepatan dengan warna air dan udara.

9. Luscious Red

Luscious red adalah warna merah yang paling terang daripada lima warna merah dalam palette iaitu Caliente, Vermilion, Watermelon Red, Hot Tamale, dan Candy Cane Red.

Sungguhpun warna ini terang tetapi ia tetap memberi “pukulan” yang menonjol kepada si pemakai. Pengemar warna ini sering dikaitkan dengan gemar akan keseronokan, keinginan dan keghairahan.

10. Navy Blue

Satu lagi warna baju pengantin 2023 yang popular sepanjang zaman adalah warna navy blue. Warna ini tampak agak klasik tetapi ia mampu bergandingan dengan baik dalam apa jua keadaan majlis.

Semoga perkongsian mengenai trend warna baju pengantin 2023 ini dapat memberikan anda semua informasi yang bermanfaat dan berguna untuk membuat persiapan kahwin nanti. Siapa tahu dengan mencuba warna busana yang kami cadangan tadi bakal membuatkan diri kelihatan lebih cantik dan tampil berlainan tetapi mempersonakan.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top