fbpx

Wanita ini viral berkahwin dengan lelaki 68 tahun, rupa-rupanya…

Kalau dah jodoh tak ke mana kan! Pepatah ini ada benarnya.Seperti baru-baru ini tular sebuah video di laman sosial yang menunjukkan seorang wanita muda bersama suami yang agak berumur.

Video perkongsian pengguna TikTok @beafaa_ itu menjadi perhatian warganet dan menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan mereka yang agak sukar mempercayai kenyataan itu.Katanya, cinta tak pandang umur.

“Nak cari laki jangan cari yang handsome , tapi cari lah bila tanya sayang, sayang ada duit . Ada sayang… Cinta tak pandang umur,” tulisnya.

Video pendek itu telah mendapat lebih 136 ribu tanda suka sehingga kini dan dikongsi sebanyak lebih 6700 kali.

Namun, jika diteliti dengan betul, rupa-rupanya video tersebut disunting menggunakan aplikasi Face App.

Difahamkan video tersebut adalah milik sepasang suami isteri Nur Fatiha Jalani,22, dan Mohamad Faizan Ali,26.

Nur Fatiha turut akui video itu hanyalah disunting dan memuat naik di laman TikTok untuk dijadikan content sahaja.

@baefaa__

Nak cari laki jangan cari yang handsome , tapi cari lah bila tanya sayang , sayang ada duit . Ada sayang 🤪🥰 Cinta tk pandang umur 💙 #fyp

♬ original sound – ig: nrfthajalani – Teyaaa🦋

Face App ini adalah satu aplikasi yang dapat mengubah gambar wajah menggunakan beberapa efek antaranya adalah mengubah wajah kelihatan tua, muda, rambut panjang, dan tambah janggut.

Malah, terdapat ramai selebriti dan orang ternama yang mengikuti trend ini dan memuat naik gambar efek mereka di laman sosial sejak dua tahun yang lalu.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju tentang jodoh yang menjadi rahsia Allah.

We will be happy to hear your thoughts

Leave a reply

Wedpedia
Logo
Shopping cart