Wanita ini kongsi cara tangkap gambar guna video, tak perlu guna instagranm husband pun…

Pernah dengar tak istilah ‘Instagram husband‘?Kadang-kadang ada juga yang menggelarnya ‘Instagram boyfriend‘.

Kedua-duanya itu adalah gelaran yang selalu diberikan kepada para suami atau teman lelaki yang rela melakukan apa sahaja demi mendapatkan gambar yang perfect buat isteri atau teman wanita mereka.

Kadang-kadang ada yang sampai terduduk dan terbaring semata-mata ingin mendapatkan angle gambar yang terbaik. Manakan tidak, kalau hasil gambar tidak cantik, habis teruk pula kena marah.

Tapi bagaimana pula dengan wanita yang belum mempunyai suami mahupun boyfriend? Ataupun yang ada tapi si dia pula tidak mahir dalam menangkap gambar?

Jangan risau kerana baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsikan cara mudah untuk mengambil gambar sendiri tanpa memerlukan bantuan ataupun menyusahkan orang lain.

Paling penting, takkan sakit hati lagi. Iyalah, sendiri yang tangkap, takkan sendiri nak marah. Betul tak?

Melalui laman Instagram, Farah Dafri telah berkongsikan cara uniknya menangkap gambar sendiri iaitu melalui rakaman video

Menurut Farah, kebanyakan gambar yang diambil lalu dimuat naik ke dalam laman sosial sebenarnya merupakan hasil extraction daripada rakaman video.

Tambah Farah lagi, dia menggunakan cara ini kerana lebih gemarkan gambar yang berbentuk movement kerana akan tampak lebih natural.Bukan itu sahaja, Farah turut menggunakan laman Twitter untuk berkongsikan step-by-step caranya itu serta aplikasi yang digunapakai demi mendapatkan hasil gambar yang terbaik.Boleh baca rangkaian tweet tersebut di bawah:

Mudah, bukan?Bolehlah cuba tips dan tricks ini…

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart