Wanita dihina ketika live mekap maafkan sesiapa sahaja yang menghinanya

Dalam apa jua percakapan yang kita ucapkan sekali pun, adab dan tingkah laku perlulah dijaga, lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan orang

Apa perasaan anda bila muka sendiri dikutuk atau diejek oleh orang?

Sebenarnya, jika ada sesiapa yang berkatakan perkara tidak baik berkenaan wajah ini patut dilabelkan sebagai face shaming.

Face shaming adalah tindakan yang termasuk di bawah perbuatan body shaming, iaitu sama ada memberi komen, menghina, mengutuk atau mengejek penampilan wajah seseorang.

Contohnya seperti mengejek wajah orang yang berjerawat, memiliki dahi yang lebar, pipi yang besar, berkulit gelap, dan lain-lain.

Baru-baru ini tular di laman sosial Twitter, mengenai satu ciapan berserta foto screenshot seorang gadis ketika live yang penampilannya menerima kutukan orang ramai

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh seorang pengguna @Hadyna_ di Twitter itu, ternyata dan dengan jelas gadis itu kena face shaming oleh netizen yang membulinya ketika sedang live di sebuah aplikasi popular TikTok itu.

Difahamkan gadis itu pada mulanya hanya membuat live makeup tutorial untuk para pengikutnya di TikTok, tapi lain pula yang jadi apabila dia mula mendapat komen-komen tidak menyenangkan.

Walaupun gadis berkenaan cuba mengekalkan reaksi dan ketenangannya sepanjang live, akhirnya dia  menitiskan air mata apabila orang ramai tidak henti-henti mencemuh penampilannya.

https://twitter.com/Hadyna_/status/1346713372188807168?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1346713406368223234%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es2_&ref_url=https%3A%2F%2Fsays.com%2Fmy%2Fseismik%2Fgadis-ini-tetap-terima-pujian-daripada-artis-walaupun-kena-body-shaming-ketika-live
https://twitter.com/Hadyna_/status/1346713422428160001?s=20
https://twitter.com/Hadyna_/status/1346713477453238273?s=20

Pilih untuk maafkan orang yang mencemuh dirinya ketika live sambil mengingatkan mereka jangan sampai buat hati orang lain terluka atau terasa.

https://twitter.com/Hadyna_/status/1346713964323848192

Dalam pada itu, ciapan tersebut turut mendapat perhatian daripada artis tanah air seperti Yuna dan Aizat mengenai isu berkenaan

Mereka berdua menyatakan sokongan dan turut memuji gadis itu terus positif serta meminta dirinya mengabaikan sahaja komen yang mencemuhnya sebelum ini.

Berikut di bawah antara ciapan menarik yang ditinggalkan oleh Yuna dan AIzat untuk gadis tersebut:

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart