Viral menteri ini makin kurus, ramai yang tertanya-tanya apakah rahsia beliau

SESIAPA sahaja ingin kelihatan langsing dan cantik bukan?

Apabila mempunyai badan yang kurus dan sihat, ia akan memberikan semangat dan keyakinan diri yang tinggi.

Begitu juga yang terjadi kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kita, Datuk Seri Rina Harun.

Heboh di laman sosial hari ini apabila di sana sini warganet berkongsi gambar terkini beliau.

Rata-rata warganet amat terpesona dengan kejelitaan penampilan terbaharu beliau yang nampak semakin muda, cantik dan kurus.

Perkara itu turut dikongsi seorang pengguna Twitter @HaziqAsyraf yang mengatakan perubahan fizikal Datuk Seri Rina dalam masa dua tahun.

Menerusi perkongsian itu, rata-rata warganet setuju dan mengakui kejelitaan yang sangat terserlah berbanding sebelum ini.

Ramai yang turut berteka-teki berapa berat agaknya yang berjaya diturunkan Datuk Seri Rina dan apakah corak pemakanan yang telah dilakukan.

Ternyata susuk tubuh beliau amat berbeza berbanding dua tahun yang lalu.

Sementara itu, menurut Facebook Perikatan Nasional Fans, beliau kuat bekerja untuk rakyat sehingga badan menjadi kurus.

“Bekerja pagi,petang, siang dan malam bagi kesejahteraan rakyat tanpa kenal erti penat dan lelah,” tulisnya.

Jika benar seperti yang dikatakan, Datuk Seri Rina patut diberi penghargaan dan ini boleh dijadikan inspirasi kepada wanita di luar sana.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top