Viral isu tidak boleh campur cuci baju anak dan suami, PU Azman jawab kekeliruan para isteri

Baru-baru ini terdapat isu hangat diperdebatkan menerusi sosial media tentang campur baju suami dan anak dalam satu mesin basuh.

Ada yang berpendapat bahawa ia satu kesalahan kerana tidak memuliakan suami dan salah di sisi agama.

Bagaimanapun, PU Azman yang turut aktif di alam maya merasakan dirinya terpanggil untuk memberikan penjelasan mengenai perkara terbabit supaya tidak lagi timbul.

Menurut penjelasan PU Azman, tiada dalil yang sohih pun mengenai kenyataan yang viral itu atas alasan hormat mahupun memuliakan suami.

Berikut adalah penerangan yang tepat dari PU Azman:

Bila keluar kenyataan “asingkan pakaian suami sebagai tanda memuliakan suami”, akan berlaku tempias kepada isteri-isteri lain yang campurkan pakaian suami dengan pakaian anak-anak di mana mereka merasakan diri mereka tak memuliakan suami.

Kalau kena asingkan pakaian suami tanpa sebab kukuh seperti kelunturan warna baju atau najis pada pakaian anak-anak, maka kelihatan ia berlebih-lebihan.

Kalau korang buat sistem atau undang-undang pengurusan di rumah yang korang selesa dan mampu untuk lakukan, jangan bersifat “memaksa” orang lain buat atas nama agama.

Menimbulkan kesukaran untuk mengasingkan. Bukan semua situasi suri rumah itu sama. Islam bukan agama yang menyusahkan. Ini dinamakan takalluf (memberatkan) dalam agama.

Jangan buat orang lain rasa bersalah dalam agama.

Ada unsur melampau dalam memuliakan suami. Bila dah kata pakaian suci, maka ini adalah pengiktirafan syariat. Maka tiada faedah untuk pengasingan atas alasan adab. Sama macam kita cakap, kalau susun baju suami jangan campurkan dgn baju anak-anak. (Yang dimaksudkan ialah asing atas dasar memuliakan, tapi kalau atas dasar supaya senang nak pilih, takda masalah) Ini tak masuk akal.

Kita bersetuju bahawa isteri berhak mohon pertolongan suami untuk buat kerja-kerja rumah. Dan hal ini jauh lebih berat dari sekadar mencampurkan pakaian suami. Tetapi kita tak cakap pula isteri yang mintak suami bantu kerja rumah sebagai isteri yang tak memuliakan suami. Jadi, takkan sekadar campurkan pakaian tu dikatakan tak memuliakan suami.

Suami dan isteri adalah rakan kongsi rumahtangga. Maka mereka saling memudahkan, bukan menyusahkan.

Apa guna ASINGkan baju suami, tapi kata-kata tajam isteri pun buat suami rasa terASING.

Setiap orang mempunyai pendapat sendiri, jika anda mahu mengasingkan pakaian suami dan anak sekalipun, maka elakkanlah daripada menghakimi orang lain hanya kerana tidak mengikut cara anda.


Akhir kata, semoga kita semua di bawah lindungan dan rahmatNya.

Sumber: IG PU Azman

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top