Viral hidup mewah dan kaya melampau, ini tips berguna elak ditipu scammers!

Semenjak dua ini, pelbagai kes melibatkan penipuan melibatkan pengguna yang akhirnya terpaksa menanggung kerugian besar apabila ditipu oleh beberapa pihak yang tak bertanggungjawab.

Walaupun, katanya scammer terbesar di Malaysia telah ditahan oleh SPRM, janganlah kita alpa kerana jerung besar masih bebas di luar sana. Ini secara langsung kes ini berulang kembali sangat tinggi.

Bila melihat video kehidupan mewah si scammer yang tular sekarang buat kita rasa marah dan sakit hati. Tergamaknya hidup mewah atas kesengsaraan mangsa. Paling mengejutkan puluhan juta dikesan hasil dari duit tipu.

Dalam era dunia digital hari ini, tanpa kita sedar, sebenarnya nombor telefon kita adalah data peribadi yang paling berharga dan jika diperoleh penjahat, dengan mudah diorang dapat menipu pengguna.

Sebelum lebih ramai yang terkena, ini kami nak kongsi tips untuk elakkan diri anda daripada menjadi mangsa scammer.

#1. Jangan Jawab Panggilan Antarabangsa

Ini taktik yang selalu digunakan oleh scammer luar. Jadi, anda janganlah jawab panggilan daripada nombor telefon luar negara yang tidak dikenali, lainlah nombor tersebut adalah senarai kenalan anda.

#2.Jangan berikan sebarang maklumat peribadi.

Maklumat peribadi seperti nombor akaun bank, password perbankan online, kod CVV pada kad bank anda atau pun nombor TAC anda sila simpan untuk kegunaan anda sendiri sahaja.

Jika ada pihak meminta maklumat tentang kad debit/kredit dan perbankan online anda, lebih baik anda tamatkan sahaja panggilan tersebut jangan layan panggilan tersebut. Nanti anda termakan ayat-ayat manis scammer!

#3.Catat Segala Maklumat Pemanggil

Jika anda menerima panggilan daripada bank atau pihak penguatkuasa undang-undang mengenai sebarang masalah undang-undang melibatkan anda, catat butiran daripada pihak yang menghubungi anda.

Bertenang dan jangan panik. Semak nombor telefon bank anda atau pihak penguatkuasa undang-undang di laman web rasmi mereka seterusnya hubungi mereka untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top