Viral di Kelantan! Nenas goreng jadi rebutan sampai beratur panjang, jom buat sendiri di rumah

Pisang goreng, keropok lekor ataupun kuih-muih merupakan antara juadah biasa yang selalu dihidangkan ketika minum petang di setiap rumah. Ini juga merupakan antara menu kegemaran ramai dan senang untuk dibeli di kedai-kedai.


Lain pula apa yang sedang viral sekarang, antara menu yang agak lain dari yang lain iaitu nenas goreng. Pasti ramai yang terkejut dengan juadah tersebut. Di Kelantan, menu ini dikatakan sedang viral sehinggakan menyebabkan orang ramai beratur untuk merasakan kenikmatan nenas goreng ini.

Melalui laman Facebook kuali viral, mereka kongsikan cara untuk membuat nenas goreng ini hanya dirumah. Tak perlu nak beratur panjang dah.

Resepi Nenas Goreng Viral, Jom Cuba!

Loni tengah viral dekat Kelantan “nenas goreng viral”. Disebabkan kena beratur panjang untuk merasai knikmatan nenas goreng viral, terpaksa ler cik ta balik rumah goreng sendiri. Rupanya sedap jugak nenas goreng viral ni.

Bahan-Bahan:

– 2 cawan Tepung beras ( cawan teh)
– 2 sudu Tepung jagung
– 1 sudu air bancuhan Air kapur
– 1 biji telur
– Sedikit Gula
– Sedikit Garam
– Air jangan terlalu banyak
– Pewarna kuning telur

Cara-Caranya:

1. Campurkan tepung beras dan tepung jagung
2. Letakkan air bancuhan air kapur
3. Kemudian masukkan telur
4. Masukkan sedikit gula dan garam
5. Kemudian masukkan air tetapi jangan terlalu banyak
6. Masukkan pewarna kuning telur
7. Masuk nenas pada bancuhan dan sedia untuk digoreng

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top