Throwback! Imbau nostalgia kenduri kahwin zaman dulu-dulu

Zaman semakin berubah. Trend dan gaya pun mengikut arus kemodenan. Begitu juga dengan trend majlis perkahwinan. Rata-ratanya banyak berubah dan pada masa kini masyarakat lebih memilih tempahan di hujung jari berbanding bergotong royong menjayakan sesuatu majlis.

Kredit: Dewimalaysia.com

Kalau zaman dahulu sehingga sekitar tahun 80-an, masyarakat kebanyakannya akan bersama-sama seluruh ahli keluarga, saudara mara dan orang kampung bergotong royong untuk memasak, memasang khemah, mengubah hantaran, membuat bunga telur. Senang kata, aktiviti ‘rewang’ bagi majlis perkahwinan zaman dahulu sangat-sangat meriah.

Paling best, majlis zaman dulu 3 hari sebelum majlis orang kampung dah datang merewang. Rumah tuan majlis memang heboh waktu tu. Paling meriah, bahagian memasak yang dipenuhi makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang duduk diatas pangkin bersembang dan bergurau sambil ‘membawang’ .

Kali ni Wedpedia nak mengimbau kenangan majlis kenduri kahwin zaman dulu. Alahai…terasa rindu pula.

Kredit: sehinggit.blogspot

Pengantin dulu diarak diiringi sepasang bunga manggar berwarna warni. Masa ni, memang meriah dengan paluan kompang. Paling best, masa ni budak-budak berebut nak pegang bunga manggar, kononya rasa orang penting juga jika dapat pegang. Sambil berarak mua tersenyum bangga.

Kredit: sehinggit.blogspot

Inilah trend kerusi pengantin sekitar tahun 70 an dan 80 an. Bermotifkan tema kerawang dan ianya ringkas. Paling diingati, selepas sahaja selesai pengantin bersanding, kanak-kanak lah yang akan berebut nak merasa duduk diatas kerusi ini.

Kredit: sehinggit.blogspot

Aktiviti rewang memang meriah oleh orang kampung. Dari memotong, mengupas bawang, memasak dan menghidang semuanya dilakukan bersama. Zaman dahulu tiada perkhidmatan katering macam sekarang.

Kredit: mstar.com

Memang terasa di tekak betapa sedapnya lauk pauk kenduri yang dimasak dengan dapur kayu api. MasyaAllah, sedap sangat. Mesti anda pun teringat juga kan?

Kredit: sehinggit.com
Kredit: mstar.com

Ini part yang paling best. Bila time makan tetamu tak kisah makan bawah pokok atau tepi jalan. Yang penting meraikan pengantin dan tuan rumah. Kenangan paling tidak boleh lupa, adalah part khemah. Masih ingat lagi tak khemah zaman dulu berwarna hijau askar. Ada juga khemah jenis bangsal.

Kredit: sehinggit.com

Syukur, persembahan silat untuk majlis perkahwinan masih lagi segar sehingga sekarang cuma mungkin ada sedikit kelainan dari segi jenis silat yang ditonjolkan.

Kredit: sehinggit.com

Kenduri zaman dulu tiada stail buffet. Semuanya jenis berhidang menggunakan talam bunga. Rumah korang ada simpan lagi ke talam bunga macam ni?

Kredit: Puanbee.com

Yang ni bahagian anak-anak dara paling suka. Buat bunga telur beramai-ramai sambil bergurau senda memang seronok kan.

Kredit: anajingga
Kredit: sehinggit.com

Kenduri kahwin zaman dulu tiada goodies lain selain telur rebus. Paling senang dan sangat ekonomi. Sama ada di balut dengan kertas tisu ataupun diletakkan didalam sarung warna-warni. Simple dan tak perlu pening kepala.

Kredit: mstar.com

Selesai majlis, orang kampung masih lagi terus bergotong royong membantu tuan rumah membasuh pinggan mangkuk dan berkemas pula. Boleh dikatakan amalan bekerjasama memang tak pernah lekang.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart