Luar Biasa! Ustazah Asma’ Hiking Masuk Hutan Pakai Jubah dan Tudung Labuh Demi Dakwah

Siapa yang tidak kenal dengan sosok pendakwah wanita terkenal di Malaysia ini iaitu Ustazah Asma’ Harun. Ceramah dan kuliah agama ustazah di akaun Facebooknya dan mana-mana sosial media memang sangat “evergreen” kepada semua peringkat umur.

Baru-baru ini, Ustazah Asma’ mencuri tumpuan umum di sosial media apabila beliau menjalani aktiviti hiking bersama team dan beberapa orang sahabat lain. Ustazah Asma’ hiking pakai jubah dan tudung labuh membuatkan ramai yang terpegun dengan pemakaian muslimahnya.

Pengalaman Ustazah Asma’ hiking beri panduan berguna untuk muslimah

ustazah asma hiking

Bagi kita, mungkin melihat seseorang yang bersenam atau bersukan tetapi tidak menggunakan pakaian sukan dengan betul dianggap pelik. Itu baru bersukan, belum lagi kita bahas soal aktiviti lasak lain seperti hiking dan jungle trekking.

Beberapa foto dan momen menarik yang dimuat naik di laman sosial Facebook Dzuriasikim Dzulkefli ada berkongsi mengenai pengalaman Ustazah Asma’ hiking di Bukit Kiara, Kuala Lumpur bersama beberapa orang lagi.

Apa yang menjadi perhaian adalah penampilan Ustaza Asma’ hiking tetapi sangat comel berjubah (bahagian dalam memakai seluar yang longgar untuk keselesaan), bertudung labuh, dan berkasut sukan.

Riadah & dakwah, Ustazah Asma’ hiking lain dari yang lain

Menurut Dzuriasikim Dzulkefli, setiap langkah perjalanan mereka dari susur naik sehinggalah ke waktu pulang, perbualannya penuh dengan pengisian yang sangat berguna untuk team hiking dan rakan-rakan yang terlibat.

Beriadah, sambil bertukar ilmu, berbicara dari hati ke hati, dan ketawa bersama menjadi aktiviti bersama Ustazah Asma’ ini memberikan banyak faedah kepada semua.

“Dengan izin Allah, liputan (coverage) di sepanjang perjalanan adalah sangat baik. Jadi team media Ustazah Asma dapat buat siaran live. Dan pendakian ini telah “diikuti” bersama oleh beberapa ribu orang yang menonton. Ada penonton yang telah menonton dari awal sehingga perjalanan kami selesai. MasyaAllah. Kata mereka…. Seolah turut mendaki bersama,” jelas Dzuriasikim Dzulkefli.

Bukit Kiara telah dipilih sebagai destinasi pertama untuk Ustazah Asma’ hiking bersama team-nya kerana ia tidak terlalu sukar untuk didaki. Namun tidak dinafikan laluan sekitar 8 kilometer jauhnya itu sudah cukup untuk mengeluarkan peluh di tubuh.

Lihat keindahan alam kurniaan Allah

Berada dalam hutan kecil di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur memang sangat mendamaikan. Di sepanjang perjalanan, kita boleh menyaksikan banyak pokok-pokok besar yang dijaga sangat baik dihutan.

Tanpa perlukan manusia untuk menyiramnya, tanpa perlukan baja untuk terus menghijau lebat. Namun ia tetap subur dengan izin dan kuasa Allah SWT.

Bukan itu sahaja, nikmat melihat peluang melihat matahari terbit menghasilkan cahaya yang sangat cantik. Udaranya juga segar dan tenang dengan bunyi deruan air yang mengalir menjadi muzik semula jadi di halwa telinga.

Program hiking khusus untuk suri rumah

ustazah asma hiking

Dikesempatan ini juga, Ustazah Asma’ ada membuka ruang dan peluang bagi kaum wanita khususnya suri rumah untuk sama-sama turut serta mengikuti program hiking bersama. Hal ini bagi mengalak lagi para wanita untuk meningkatkan penjagaan kesihatan diri dengan lebih baik secara berterusan.

Konsep riadah sambil healing diyakini memberi peluang yang sangat baik bagi suri rumah tangga yang sibuk dengan urusan harian di rumah dapat berehat dan menenangkan diri seketika.

Bagi yang berminat untuk mengikuti program hiking ini, boleh pergi ke laman Facebook Page Ustazah Asma’ Harun untuk membuat pendaftaran.

Kesimpulannya, agama Islam tidak melarang kaum wanita untuk beriadah, bersukan atau melakukan aktiviti yang lasak. Namun begitu, panduan utama yang diwajibkan perlulah dijaga misalnya dari segi pemakaian dan sebagainya.

Diharapkan semoga perkongsian kali ini, memberikan anda ilmu pengetahuan yang bermanfaat dan lebih banyak inspirasi yang berguna.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top