Usaha pasang poster cari jodoh, lelaki ini akhirnya bertemu jodoh

Masih ingat tak tular di media sosial foto iklan mencari jodoh yang ditampal di tepi jalan suatu ketika dulu?

Kalau tak ingat, ini posternya.

Nampaknya, usaha Nooraziro Abdullah, 35 atau lebih dikenali sebagai Aziro berhasil apabila dia selamat bergelar suami setelah menemui pasangan yang sepadan dengannya.

Menerusi muat naik di laman sosial Gegar, beberapa gambar Aziro yang segak berbaju pengantin bersama isterinya ketika upacara membatalkan air sembahyang telah tular dipercayai pada Jumaat lalu.

Aziro telah selamat bergelar suami kepada kekasih pilihan hati dikenali sebagai Suhaibah atau Ibah, 33, berasal dari Kuantan.

Memetik laporan portal tempatan pada Jun lalu, Aziro yang bekerja sebagai tukang rumah itu berkata selepas membuat iklan tersebut, dia berkawan baik dengan lima gadis sekali gus.

Menurutnya, tetapi hanya seorang daripadanya yang mempunyai keserasian dengannya iaitu Ibah.

Menjengah ke laman Facebook milik Ibah, dia bersyukur sudah bergelar isteri kepada Aziro.

“Alhamdulillah… Akhirnya aku bergelar sebagai isteri Aziro. Misi mencari cinta Aziro berakhir sudah. Terima kasih semua yang datang meriahkan majlis perkahwinan kami berdua,” tulisnya semalam.

Sehubungan dengan perkongsian gambar-gambar tersebut, ramai yang menitipkan ucapan tahniah di atas pernikahan pasangan pengantin itu.

Rata-rata mereka mendoakan agar Aziro dan Ibah kekal bahagia hingga ke Jannah.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top