Untung atau rugi berkahwin di usia muda? Ini jawapannya…

Untung atau rugi berkahwin di usia muda? Ini jawapannya…

Jangan salah faham, isu kahwin muda yang bakal dibincangkan disini tiada kena mengena dengan perkahwinan bawah umur ya. Untuk lebih jelas, kahwin muda di sini adalah perkahwinan yang melibatkan pasangan berusia seawal 20-an. Jadi apakah berkahwin muda jalan yang paling tepat untuk dipilih?

1) Ada Orang Yang Menemani Sepanjang Hidup

Untungnya bila berkahwin muda, pasanganlah yang ada dengan kita waktu suka dan duka termasuklah masa kita pegang skrol graduasi di konvokesyen Universiti, waktu kita tertekan menghadap situasi di alam pekerjaan, waktu kita menangis gembira di hari pernikahan, waktu kita meneran melahirkan zuriat untuknya. Dari dulu sampai sekarang semua momen berharga dapat dikongsi bersama.

2) Hidup Belum Ada Arah Tujuan?

Meskipun ramai yang bingung dengan keadaan hidup yang masih belum terurus kerana masing-masing baru hendak kenal hidup, tiada apa yang perlu dirisaukan sangat sebenarnya. Kamu dan pasangan yang baru berkahwin sepatutnya perlu duduk dan berbincang. Cari jalan untuk memulakan hidup dengan cara terbaik.

Inilah masanya untuk kamu dan si dia mula menjadi matang dan belajar berdikari dalam mengharungi bahtera perkahwinan yang baru dibina.

3) Struktur Kewangan

Kekangan untuk pasangan muda berkahwin adalah kerana kewangan yang masih belum stabil. Namun jika kamu cukup bijak, dengan pendapatan yang sedikit itu apabila digabungkan bersama pendapatan pasangan, kamu sebenarnya boleh berjimat dan dalam masa yang sama boleh merangka perbelanjaan cara baharu yang melibatkan kedua-dua belah pihak. Yang penting ada persefahaman dan tidak berat sebelah.

Baik bayaran bil mahupun duit sewaan rumah dan perbelanjaan asas harian seperti makanan dan barang dapur, anda dan pasangan boleh bergilir-gilir dan membahagikan tanggungjawab masing-masing.

4) Persediaan Mempunyai Anak

Inilah untungnya bila berkahwin muda. Anak-anak akan cepat membesar seiring dengan kemampuan diri anda dan pasangan. Keadaan anda yang masih muda sudah tentu mampu melayan karenah anak bahkan boleh membesarkan mereka dengan segala macam nikmat kerana anda masih sihat dan mampu bekerja dan membiayai keperluannya secukup mungkin.

5) Tak Bosan Ke Terhadap Pasangan?

Memanglah anda sudah mengenalinya sejak bertahun lalu. Bila dah kahwin anda pasti mahu hidup sehingga tua bersamanya. Ramai bertanya apakah seseorang itu tidak akan bosan terhadap pasangan yang sudah terlalu lama dikenalinya itu? Jika hidup penuh berkasih sayang, pasti jawapannya TIDAK.

Asalkan keduanya pandai menyeimbangkan situasi dalam rumah tangga, tidak mengabaikan keperluan seksual pasangan serta bijak menggunakan emosi untuk mengambil hati pasangan. Perasaan bosan tidak akan wujud pun. Menurut kajian, pasangan yang sudah kenal sejak dari bangku sekolah dan kemudian berkahwin kurang berisiko untuk bercerai bahkan dikatakan lebih bahagia tau!

Walau apa pun, sesebuah hubungan memerlukan tindak balas dari kedua-dua pasangan. Ia memerlukan masa dan usaha dari kedua belah pihak dan barulah kebahagiaan akan tercipta.

Back to Top