Unik! Pengantin bersanding tema Kamen Rider

Perkahwinan merupakan satu detik indah yang akan disimpan sebagai kenangan sepanjang hayat.

Sehubungan itu foto perkahwinan yang dirakam adalah amat penting bagi pasangan raja sehari.

Adalah menjadi kebiasaan bagi pasangan raja sehari untuk mengadakan pengambaran luar daripada majlis perkahwinan sejurus selesai majlis persandingan mereka.

Ada di antara mereka yang menukar busana seiring dengan tema yang mereka inginkan.

Di Twitter, sepasang pengantin baru berkongsikan foto perkahwinan mereka yang mengenakan busana bertemakan superhero.

Tema superhero ini dipilih oleh pihak pengantin lelaki, Alif Hakim Azhar yang merupakan peminat tegar siri animasi Kamen Rider.

Alif juga ada menjual produk mainan cosplay ini secara online dan mempunyai pelbagai koleksi mainan cosplay di rumahnya.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart