Tutorial mekap pengantin dari MUA ini memang ‘MELETOP’, Seri naik 100%

Siapa tak kerbailenal MUA puan Bella ni?

Apa sahaja hasil contengan tangan beliau memang sumpah cantik. Bagi sahaja apa jenis tema solekan, beliau boleh hasilkan terbaik dan mampu menjadikan wajah anda ibarat bintang filem jelita.

Kredit: FB makeup by Bellaz

Sedikit biodata diri beliau:

Nama Penuh : Nur Nabila Binti Zulyadaini

Nama Popular : Bella

Umur : 25 Tahun (2019)

Keluarga : suami Anuar Muhammad, 28 Tahun, mempunyai 2 anak (Iris Elisya dan Aidil)

Asal : Tanjung Dawai, Kedah

Warganegara : Malaysia

Kerjaya : Make Up Artis, Pengasas Bellaz Beauty Sdn BhdAnugerah Khas : Success Social Media Business by The One Awards, Young Entrepreneur by Mood Republik, Top Masterskills by Kosmoteologi P.I.N.D , IKON BELIA NEGERI KEDAH 2018

Media Sosial : Facebook @muabellaz, Instagram @muabellaz, Make Up By Bellaz

Kredit: viral kami

Menarik tentang Bella:

  1. Bella mempunyai wajah yang unik dan hidung mancung dan merupakan kacukan Turki-Melayu.
  2. Sebelum menceburi bidang make up, beliau hanya menjadi suri rumah sepenuh masa. Masa yang terluang digunakan untuk make up pengantin, model dan kini berjaya menubuhkan perniagaan sendiri iaitu Bellaz Beauty Sdn Bhd.
  3. Beliau tidak mempunyai pendidikan yang tinggi, namun usaha yang gigih dan bakat solekan yang diasahkan akhirnya menjadi rebuatn artis dan model seluruh Malaysia.
  4. Sentuhan halus make up Bella dan disiplin dalam bekerja menaikkan namanya dalam dunia make up.
  5. Bella semakin popular apabila kepetahannya dalam tutorial make up menjadi tumpuan netizen dan kini mempunyai 1 juta followers di instagram dalam masa 3 tahun.
  6. Pernah viral video anak lelakinya memukul Bella berkali-kali kerana make up terlalu lama. Telatah comel anak tersebut menjadi kecaman netizen seterusnya membawa nama Bella lebih terkenal.
  7. Anak sulungnya juga membuat tutorial solekan sendiri di Facebook sehingga pernah mencecah 8,000 jumlah tontonan walaupun ia disiarkan awal pagi,dan kini mempunyai lebih 700,000 pengikut di Facebook.

Tutorial mekap pengantin:

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart