Malu Nak Bersanding Sebab Tumit Kaki Pecah ? Amalkan 10 Cara Ini Untuk Dapatkan Tumit Kaki Yang Lembut dan Cantik

Pasti menjadi satu masalah apabila bakal pengantin mempunyai tumit kaki pecah. Ini akan menyebabkan pengantin hilang keyakinan diri untuk bersanding di atas pelaminan dan berjumpa dengan ramai orang.

Jangan risau. Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada ada tips mudah untuk anda amalkan sebelum majlis perkahwinan itu nanti bagi mengatasi masalah tumit kaki pecah.

Punca tumit kaki pecah dan merekah

Setiap masalah yang berlaku pasti ada puncanya ia terjadi. Bagai masalah tumit kaki pecah, ia boleh disebabkan oleh beberapa keadaan dan situasi kerana:

  • Cuaca yang sejuk
  • Penggunaan sabun yang tiada pelembap
  • Berat badan berlebihan
  • Melakukan aktiviti berlebihan setiap hari
  • Kekurangan vitamin
  • Jangkitan kulat
  • Hipotiroidisme
  • Dermatitis atopik
  • Psoriasis
  • Kegemukan
  • Kehamilan
  • Faktor penuaan

Cara untuk mengatasi tumit kaki pecah

Terdapat banyak sebenarnya cara untuk mengatasi masalah tumit kaki kecil. Sama ada secara moden ataupun secara tradisional dengan menggunakan bahan atau sumber alam semula jadi. Berikut adalah cara untuk mengatasi tumit kaki pecah:

1. Lemon dan garam

tumit kaki pecah

Lemon terkenal dengan julukan nama home remedy di mana ia boleh didapatkan dengan mudah dan harganya juga murah. Selain memiliki khasiat vitamin C yang sangat tinggi, ia juga berupaya dalam menyingkirkan sel-sel kulit mati pada kulit tumit kaki.

Garam pula mencegah jangkitan pada luka atau kulit kaki yang merekah. Kombinasi perahan air lemon dan garam dicampurkan dalam air suam kemudian rendamkan kaki kita untuk mendapatkan kesan yang lebih efektif.

Jika tiada garam, boleh digantikan dengan baking soda kerana ia mempunyai kandungan yang merawat masalah ini.

2. Getah betik muda

Cara rawat tumit kaki pecah yang selanjutnya adalah dengan menggunakan getah betik muda. Langkah mudah, gosok getah betik muda pada tumit kaki.

Biarkan ia kering selama 10 minit dan bilas dengan air yang bersih.

3. Batu apung

tumit kaki pecah

Batu apung mempunyai permukaan yang kasar sesuai untuk menghapuskan sel-sel kulit mati. Ia boleh didapatkan di mana-mana farmasi atau pasaraya.

4. Bawang merah / bawang putih

Komponen antibakteria dapat kita jumpai pada bawang merah dan bawang putih. Hanya potongkan sahaja bawang tersebut kepada dua bahagian dan lalu sapukan ke tumit kaki sehigga pecah dan jusnya mengering.

5. Asam keping / asam jawa

Masukkan beberapa keping asam keping ke dalam besen mandian yang berisi air suam. Rendamkan tumit kaki pecah tersebut selama beberapa minit.

Boleh juga ia dilumurkan pada kaki dan rendamkan kaki dalam air suam untuk membilasnya.

6. Tepung beras dan madu

Madu memberi kebaikan yang cukup banyak pada mengekalkan kelembutan kulit. Di tambah, tekstur kasar daripada tepung beras justeru dapat membantu menghapus rekahan dan kulit kering.

Cara penggunaannya, anda boleh lakukan sebagi skrub kaki homemade atau air rendaman. Hanya campurkan kedua-dua bahan dan olah mengikut penggunaan yang anda mahukan.

7. Belimbing buluh

Dalam perubatan tradisional, belimbing buluh sangat banyak fungsinya seperti untuk merawat batuk, jerawat, kegatalan, dan, bengkak.

Bagi merawat masalah pada tumit kaki, anda boleh ambil beberapa biji buah belimbing buluh dan lenyek kasar. Kemudian, gosokkan pada tumit anda perlahan-lahan selama beberapa minit.

Amalkan setiap minggu untuk mendapatkan kesan yang luar biasa pada tumit kaki itu.

8. Minyak kelapa

Minyak kelapa memiliki sifat antiinflamasi, sehingga baik untuk mengatasi peradangan pada kulit. Selain itu, kandungan antioksidan di dalamnya juga baik untuk mengurangi radikal bebas dalam tubuh.

Selain itu, ia juga menjadi bahan penting untuk memberi kelembapan yang terbaik pada kulit kita. Penggunaan minyak ini bantu memberi resepan ke dalam kulit sekaligus merawat masalah tumit kaki pecah.

Sekiranya tiada minyak kelapa, boleh juga digunakan minyak almond atau minyak zaitun.

9. Losyen / pelembap

Malas hendak menggunakan bahan-bahan semula jadi, anda pergi sahaja ke farmasi dan beli losyen atau pelembap untuk kulit. Sebaiknya pilih losyen yang diperbuat dari bahan organik dan tidak menggunakan haruman seperti Vaseline.

10. Skrub kaki

Skrub kaki atau foot scrub juga mudah dijumpai di mana-mana farmasi. Jenama seperti Himalaya, St.Ives, Feet Up, Bare Foot, dan sebagainya sangat berpatutan harganya untuk dicuba.

Diharapkan perkongsian mengenai cara merawat masalah tumit kaki pecah ini dapat memberika anda semua informasi yang bermanfaat khususnya kepada bakal pengantin baru di luar sana.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top