Tetap On Point! 6 Tips Pilih Tudung Ketika Bercuti Agar Gambar Nampak Cantik

Selain baju, seluar, pakaian dalam, dan peralatan solat, tudung juga merupakan antara barang yang penting untuk dibawa bersama ketika bercuti.

Namun begitu masih ada kebanyakkan wanita di luar sana sering beranggapan untuk bercuti, mereka memerlukan peralatan dan barang yang lengkap dan banyak berbanding orang lain.

Yang menjadi masalah bagi wanita biasanya adalah tudung. Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda bagaimanakah cara untuk pilih tudung ketika bercuti yang tepat.

Kewajipan wanita muslim untuk berhijab

tudung ketika bercuti

Secara umumnya, hijab atau tudung adalah pakaian yang menutup aurat bagi wanita Muslimah pada bahagian kepala dan sekitaranya sehingga menutupi paras dada.

Perintah menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim yang mukalaf seperti mana yang dinyatakan dalam Surah An-Nur, ayat 31:

Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.

Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.

Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada ALLAH, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

Justeru itu, wanita yang beragama Islam sememangnya tidak mempunyai alasan untuk tidak mengenakan tudung dan menutup aurat dalam pemakaian seharian mereka.

Cara pilih tudung ketika bercuti

Terdapat beberapa cara untuk pilih tudung ketika bercuti yang boleh kita jadikan panduan. Berikut adalah caranya:

1. Tudung instant

tudung ketika bercuti

Tudung segera atau tudung instant menjadi tips pilih tudung ketika bercuti yang terbaik Tudung segera ini biasanya tidak memerlukan kreativiti kita untuk memakainya, dan bahkan pinless di mana ia sangat mudah untuk dipakai dalam waktu yang singkat.

Rata-rata material tudung instant ini sangat sesuai dipakai ketika dalam air. Jadi tidak masalah sama sekali untuk kita mandi kolam atau mandi pantai.

Ia juga mempunyai fabrik yang serap peluh membuatkan si pemakai tidak rasa panas dan selesa sepanjang masa.

2. Tudung kasual

Tudung kasual adalah tudung separa glamour tetapi sesuai dipakai sehari-hari semasa bercuti. Tudung ini mempunyai beberapa jenis seperti tudung bawal atau shawl.

3. Tudung bawal

tudung ketika bercuti

Tidak semua tudng bawal menjadi mimpi ngeri sebagai dalam kategori tudung ketika bercuti. Tudung bawal hari ini mempunyai pelbagai jeis material yang sangat mudah dijaga, tidak mudah berkedut, mudah dipakai, dan senang diurus.

Antara jenis fabrik yang sesuai adalah Japanese Cotton Voile, Chiffon Voile, dan sebagainya.

4. Minimal hijab

Trend untuk para hijabi hari ini, banyak rekaan tudung yang sesuai digayakan dalam pelbagai cara. Contohnya seperti shawl topi.

Di mana tudung ini dijahit terus pada topi atau cap baseball untuk memudahkan kita menutup aurat tetapi dengan keselesaan berpanjangan. Paling penting, ianya tidak perlu digosok, sangat cepat, mudah, material yang strechhy, dan easy to go!

5. Tudung lilit

Tudung lilit adalah salah satu dari tudung glamour namun ianya boleh digayakan sama ada dengan pin atau segera.

6. tudung glamour

Ada waktunya ketika bercuti kita memerlukan tudung glamour. Misalnya jika mahu pergi ke tempat-tempat mewah atau tempat formal, kita memerlukan tudung yang lebih bergaya, terkini, dan tampak eksklusif.

Namun, tidak semua percutian memerlukan pemakaian tudung ini. Oleh itu, sediakan hanya sehelai untuk dibawa sudah memadai.

Perkara yang perlu dielakkan semasa pilih tudung ketika bercuti

Dalam kita tahu cara untuk pilih tudung ketika bercuti, kita jua perlu faham akan perkara-perkara yang perlu dielakkan.

  • Elak piliih tudung pashmina
  • Elak tudung bermotif sama depan belakang
  • Elak tudung letak di bahagian bawah ketika dalam bagasi
  • Elak tudung yang terlalu berfesyen, berbatu, dan sukar untuk dipakai

Apa-apa pun jangan lupa untuk sediakan tudung ganti dalam bagasi anda. Jika anda hanya melancong dalam tempoh seminggu, bawalah 2 atau 3 tudung ganti yang biasa dan mudah untuk dipakai.

Diharapkan semoga perkongsian. kami ini berkenaan dengan tips bagaimana untuk pilih tudung ketika bercuti dapat memberi ilmu pengetahuan yang bermanfaat khususnya kepada para hijabi dalam merancangan perjalanan yang terbaik.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top