Top 10 baju nikah anggun dan sopan paling ‘in’ tahun 2020

Top 10 baju nikah anggun dan sopan paling ‘in’ tahun 2020

Orang kata dari mata turun ke hati. Nak nampak cantik dimata tentulah pakaian yang sopan, terletak dan elegan sekaligus membuatkan sesiapa sahaja yang memakainya naik seri lebih-lebih lagi pada si bakal ratu sehari.

Untuk busana nikah, pastinya kita lebih tertumpu kepada sepasang baju yang sopan, menutup aurat dan selesa. Ini kerana, kebiasaannya majlis pernikahan diadakan di dalam masjid. Jadi sebagai menghormati lokasi majlis, wajiblah bakal pengantin mengenakan pakaian yang sopan namun masih mampu menaikkan seri yang dapat memukau mata para tetamu.

Untuk busana nikah, kebiasaanya ramai pasangan memilih warna putih kerana sebagai simbolik kepada kesucian penyatuan dua jiwa dan keberkatan walimatul urus yang diadakan.

Untuk anda yang masih tercari-cari idea design baju nikah, kami kongsikan beberapa idea ini sebagai inspirasi anda. Yang penting, design baju nikah yang kami kongsikan ini simple tetapi mampu memukau setiap mata yang memandang.

Back to Top