10 Tips Pilih MUA Untuk Kahwin Agar Tampil Anggun dan Menawan Apabila Bergelar Raja Sehari

Selain penghias pelaminan, pereka baju, katering, dan jurugambar, satu lagi individu yang sangat memainkan peranan penting bagi seorang pengantin adalah jurusolek atau kita panggil sebagai makeup artist (MUA). Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda tips pilih MUA untuk kahwin yang tepat supaya anda kekal anggun jelita di majlis perkahwinan nanti.

Apakah tips pilih MUA untuk kahwin yang tepat elak ditipu?

Mana ada pengantin yang tidak mahu tampil cantik dan menawan di hari bahagia mereka. Kata orang sekali seumur hidup, begitu jugalah bagi sebuah majlis kahwin bagi setiap pasangan. Sentuhan solekan dalam hal ini memberi aspek yang luar biasa. Berikut adalah tips pilih MUA untuk kahwin.

1. Tentukan konsep majlis perkahwinan

tips pilih mua untuk kahwin

Tidak semua jenis solekan sesuai untuk digayakan kepada semua majlis perkahwinan. Misalnya, perkahwinan yang berkonsepkan tradisional tentunya berbeza dengan moden kontemporari.

Kita tidak mahu pengantin seolah-olah menjadi “mangsa MUA’ atas silap sendiri kerana tidak memberi perincian yang tepat mengenai tema majlis perkahwinan yang bakal dibuat.

Seterusnya, pastikan juga MUA yang dipilih itu mampu dan pernah hasilkan solekan berdasarkan konsep perkahwinan yang kita mahukan itu.

2. Mencari rujukan dan cadangan dari internet dan media sosial

Hari ini sangat mudah untuk kita dapatkan apa-apa servis freelance di luar sana, termasuklah MUA. Google sahaja “servis MUA” ada pasti mendapati banyak pilihan yang ada. Atau boleh juga ke ruangan khas servis solekan yang ada kami cadangkan untuk dicuba, Wedpedia MUA.

3. Utamakan MUA yang berhampiran

Mengapa kita cari MUA yang berdekatan dengan tempat majlis? Hal ini kerana bagi memudahkan urusan sepanjang majlis berlangsung. Masa, wang ringgit, dan tenaga semuanya diambil kira.

Kita juga dapat mengelakkan dari sesuatu kesulitan berlaku baik kesulitan di jalan raya, mahupun dalam urusan yang lain. Dengan cara itu, MUA akan lebih efesien dalam mempersiapkan makeup untuk pengantin.

4. Sesuaikan dengan bajet yang ada

tips pilih mua untuk kahwin

Tidak semua MUA yang popular itu mahal bayaran servisnya. Dan tidak semua solekan yang eksklusif itu hanya boleh disolek oleh MUA popular. Kita sendiri perlu pandai memilih mengikut bajet yang kita ada.

Jangan terlalu “demand” dalam menguruskan bajet MUA untuk sebuah majlis perkahwinan. Sebaiknya, tetapkan awal-awal harga yang mampu dibayar dan pastikan ia tidak memberatkan diri dalam menguruskan kewangan kahwin yang lain.

5. Buat tempahan awal

Tips pilih MUA untuk kahwin yang selanjutnya adalah buat tempahan awal. Perlu anda faham, MUA adalah servis yang banyak dicari oleh ramai orang. Oleh kerana itu, jika tidak membuat tempahan beberapa bulan terlebih awal, anda mungkin tidak  mendapatkan MUA yang anda mahukan itu.

Sama juga dengan servis-servis yang lain. First come first serve, melainkan MUA tersebut memang ahli keluarga atau kenalan anda sendiri.

6. Fokus hanya kepada seorang pengantin

Ketika membuat tempahan MUA, pastikan pada hari MUA itu perlu menyolek diri anda, dia memberikan waktu dan fokus sepenuhnya hanya untuk anda seorang.

Elak dari memilih MUA yang melakukan solekan kepada dua orang sekaligus ketika majlis perkahwinan anda itu nanti. Contohnya, dalam satu-satu masa, MUA memberikan solekan kepada anda untuk majlis perkahwinan, dan dia juga dalam masa yang sama perlu menyolekkan pelanggan lain di tempat lain untuk majlis pertunangan.

Hal ini untuk mengelakkan MUA hilang dari radar apabila dicari atau tergesa-gesa untuk menyiapkan solekan pada wajah anda. Kesannya, solekan anda menjadi cacamarba dan tidak terhasil seperti yang dirancang.

7. Lakukan test makeup terlebih dahulu

Buat test makeup amatlah penting bagi memastikan MUA yang kita pilih itu sesuai dengan citarasa dan tepat dalam menghasilkan gaya pada wajah kita. Melalui cara ini, kita boleh melihat dan merasai sendiri hasil solekan MUA yang kita pilih.

Seandainya, ada produk makeup yang digunakan membuatkan kulit kita sensitif, kita boleh minta MUA untuk menukar produk tersebut supaya sesuai di kulit.

Persediaan seperti ini dapat memastikan segala perancangan yang dimahukan berlaku pada hari bahagia dapat berjalan dengan lancar.

8. Tanyakan produk apa yang dipakai dalam menghias

tips pilih mua untuk kahwin

Jenis kulit akan mempengaruhi pemilihan produk makeup yang digunakan. Perhatikan produk apa yang digunakan MUA pada kulit wajah kita sama ada ia sesuai atau tidak, mempunyai tanda Halal atau tidak, atau sebagainya.

Jika kulit kita jenis yang mudah sensitif, kita lagi perlu perhatikan dan pastikan penggunaan produk itu tidak memudaratkan kulit wajah kita sendiri,

9. Buat perbincangan dengan MUA

Bincang, bincang, dan bincang. Apa pun jua keputusan yang mahu kita ambil dalam menghasilkan bentuk wajah atau solekan yang bagaimana pastikan buat perbincangan yang rapi bersama MUA.

Ini bagi memastikan kedua-dua belah pihak berpuas hati dan gembira dengan hasil solekan yang terhasil nanti.

10. Elak cerewet sampai menyusahkan

Kita sebagai pengantin, tentu ada hak dalam menyuarakan apa yang kita mahu dalam solekan itu bagi memuaskan hati sendiri. Namun yang demikian, pastikan kita juga mempunyai sedikit pengetahuan tentang solekan dan kulit wajah sendiri.

Bincangkan sebaiknya dengan MUA kerana pandangan kita mungkin berbeza dengan realiti yang bakal berlaku apabila siap solekan itu nanti. Cerewet biar terletak pada tempat yang betul.

Diharapkan perkongsian mengenai tips pilih MUA untuk kahwin ini dapat memberikan anda informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat. Jangan buat keputusan disaat-saat akhir. Rancang dengan teliti dan buat pilihan sebaik mungkin.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top