Tip cuci barang kemas guna 3 bahan, barulah berkilau bila pakai!

Memandangkan harga emas mula turun sedikit, semakin ramai pencinta barang kemas mula membelinya sama ada sebagai pelaburan atau kegunaan sendiri.

Tetapi bagi mereka yang gemar memakai barang emas ini sudah tentu perlu mengetahui bagaimana penjagaannya agar sentiasa kelihatan baru.


Penting juga sebenarnya untuk anda sentiasa mencuci barang kemas yang lama atau yang sedang dipakai supaya tidak kelihatan kusam.


Macam mana nak buat? Jom kita tengok cara-caranya yang sangat mudah.


Deep cleaning ini kebiasaannya dibuat setahun sekali sahaja.

Semua bahan yang digunakan sememangnya ada dalam rumah dan digunakan dalam kehidupan kita seharian.


Ambil masa lebih kurang 10 minit barang kemas anda akan berkilau-kilau balik.


Apa yang perlu anda sediakan pencuci pinggan, garam halus dan baking soda.


  • Campurkan ketiga-tiga bahan dengan sukatan satu sudu kecil sahaja kemudian tuangkan air suam dan kacau sampai berbuih.
  • Masukkan barang kemas dalam larutan tadi.
  • Beruskan sikit-sikit, guna berus gigi pun boleh.Lepas 10 minit, bilas dengan air biasa.
  • Dah berkilau-kilau kembali barang kemas!
Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart