Tertekan hadapi gangguan seksual di tempat kerja, Ini cara buat laporan tanpa dedah identiti anda

Apabila bercakap tentang gangguan seksual, tidak ramai yang berani tampil untuk melaporkan kejadian yang menimpa diri mereka kerana takut dengan tanggapan negatif masyarakat.

Lebih buruk lagi jika ia berlaku di tempat kerja kerana mangsa berada dalam dilema sama ada mahu mengunci mulut atau mendapatkan pembelaan kerana bimbang akan kehilangan tempat mencari rezeki.

Tetapi, bagaimana jika kami beritahu anda sebenarnya boleh membuat laporan tanpa dikenali oleh sesiapa, sekali gus dapat membantu orang lain agar berwaspada.

Paparan skrin peta dunia yang menunjukkan bilangan kes dilaporkan ke aplikasi Safecity setakat ini. – Laman web Safecity

Menurut Presiden Gabungan Sisterhood, Radziah Radzi, orang ramai boleh menggunakan aplikasi Safecity yang diasaskan di India untuk melaporkan tentang pengalaman peribadi mereka dan namanya dirahsiakan.


Aplikasi Safecity membolehkan orang ramai untuk berkongsi maklumat (crowdsourcing) dan menandakan kawasan kejadian serangan seksual itu berlaku.

Perkongsian maklumat ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam dan menjaga keselamatan orang awam.

Kami kongsikan tip untuk menangani serangan seksual di tempat kerja:

1. Beri amaran
Beri amaran kepada pelaku bahawa perbuatannya merupakan satu bentuk gangguan seksual. Amaran boleh dilakukan melalui penyampaian lisan, surat, emel atau ajak seorang teman untuk berdepan dengan pelaku sekiranya anda memerlukan sokongan.


2. Jangan pendam
Jangan simpan masalah seorang diri, tetapi maklumkan kepada rakan, keluarga atau induvidu yang anda percayai.


3. Sokongan emosi
Dapatkan sokongan emosi dan berbincang dengan pakar kaunseling daripada jabatan sumber manusia.

Antara kategori serangan seksual. – Laman web Safecity

4. Ubah cara kerja
Ambil perhatian tentang bagaimana serangan seksual yang dialami boleh menjejaskan diri anda dan kemudian ubah cara kerja untuk mengelakkan diri daripada gangguan pelaku.


5. Dokumentasi
Simpan segala kes gangguan seksual yang dialami supaya ia boleh dilaporkan.


6. Buat laporan
Laporkan insiden tersebut kepada penyelia atau pengurus sumber manusia melalui mekanisme dalaman.

Sekiranya tiada tindakan diambil, kemukakan aduan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atau pihak polis.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart