Terms and Conditions

Terma & Syarat Penggunaan

Sebelum mengakses laman web/portal ini, anda adalah dinasihati untuk membaca dan memahami terma dan syarat berkenaan.
A.  HAK, KEWAJIPAN DAN TANGGUNGJAWAB

  1. Penafian Undang-Undang (Legal Disclaimer)
    Adalah dengan ini anda memahami dan bersetuju bahawa Aflix Production Sdn Bhd dalam mana-mana keadaan tidak bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung terhadap sebarang kerugian, kehilangan keuntungan dan/atau perbelanjaan khusus, lanjutan atau sampingan akibat daripada apa-apa pengetahuan, kepercayaan, pergantungan dan penggunaan sebarang maklumat yang terkandung dalam laman web/portal ini termasuk :

    • Keupayaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan dari pihak kami atau pihak ketiga;
    • Kos perolehan barangan dan perkhidmatan berikutan pembelian sebarang barangan, data, maklumat, perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada laman web ini;
    • Akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda;
    • Kenyataan atau tindakan pihak ketiga di laman web ini; atau
    • Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan web ini.
  2. Pautan (Hypertext Links)
    Aflix Production Sdn Bhd boleh menyediakan pautan kepada laman-laman web yang lain. Pautan ini disediakan bagi tujuan kesenangan dan kemudahan anda. Laman-laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga maka anda adalah dinasihati untuk membaca dan memahami terma dan syarat yang terkandung dalam laman-laman web berkenaan. Adalah dengan ini anda memahami dan bersetuju bahawa Aflix Production Sdn Bhd tidak mempunyai sebarang kawalan ke atas mana-mana sumber dan kandungan maklumat laman-laman web tersebut. Aflix Production Sdn Bhd tidak bertanggungjawab dan menyokong mana-mana iklan produk, perkhidmatan, komentar, ulasan, pandangan, cadangan dan/atau maklumat lain yang boleh atau telah mengakibatkan apa-apa kerosakan dan/atau kerugian kepada mana-mana pihak akibat daripada kepercayaan, pergantungan dan penggunaan maklumat yang terkandung dalam dan/atau menerusi laman-laman web tersebut.
  3. Penamatan Perkhidmatan
    Aflix Production Sdn Bhd mempunyai hak untuk menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau seluruh perkhidmatan laman web/portal ini, dan mana-mana perkhidmatan lain yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan atau tanpa notis tertakluk kepada bidang kuasa dan budi bicara Aflix Production Sdn Bhd, dan berkuatkuasa kuasa serta merta. Adalah dengan ini anda memahami dan bersetuju bahawa Aflix Production Sdn Bhd mempunyai hak untuk menamatkan atau menggantung akaun tidak aktif yang didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan laman web/portal menerusi akaun tersebut bagi suatu tempoh tertentu. Aflix Production Sdn Bhd tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut.
  4. Perubahan kepada Syarat-Syarat Perkhidmatan
    Aflix Production Sdn Bhd mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini pada bila-bila masa dengan memberi notis terlebih dahulu. Walau bagaimana pun, dalam keadaan kecemasan, perlindungan dan keselamatan privasi dan integriti laman web/portal atau dalam keadaan di luar kawalan, Aflix Production Sdn Bhd perlu dan akan mengubah, mengubahsuai, membatal atau menambah syarat-syarat ini tanpa notis. Dengan ini anda adalah dinasihati untuk mengakses dan meneliti  syarat-syarat ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan yang terkini. Melalui akses secara berterusan dan rujukan kepada syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) anda adalah dianggap bersetuju, memahami dan mematuhi sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat pada laman web/portal ini.
  5. Pengubahsuaian kepada Perkhidmatan
    Aflix Production Sdn Bhd mempunyai hak untuk mengubahsuai atau menamatkan perkhidmatan (atau sebahagian daripada perkhidmatan) sama ada secara sementara atau tetap pada bila-bila masa dengan atau tanpa notis. Adalah dengan ini anda memahami dan bersetu bahawa Aflix Production Sdn Bhd dan mana-mana pihak lain tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak lain di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatan ini.
  6. Maklum Balas
    Kami amat mengalu-alukan maklum balas/ pertanyaan anda berhubung penggunaan laman web/portal ini. Sekiranya maklumat yang terperinci diperlukan tidak terdapat di dalam laman web/portal ini, keperluan anda akan dimajukan kepada jabatan/ agensi yang berkaitan.

 

B.  DASAR KESELAMATAN

  1. Perlindungan Data
    Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada ketetapan keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
  2. Keselamatan Storan
    Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi adalah dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

C.  DASAR PRIVASI (PRIVACY POLICY)
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda ingin mendaftar atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan jabatan/agensi Aflix Production Sdn Bhd untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam penyelesaian aduan yang memerlukan maklum balas dari jabatan/agensi lain.

  1. Maklumat Yang Dikumpul
    Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui atau pendaftaran yang merupakan bahagian yang dilindungi dalam web ini.
  2. Pindaan Dasar
    Sekiranya dasar privasi ini dipinda, apa-apa pindaan terkini akan dimuat naikkan dan dipaparkan di laman web/portal ini untuk pengetahuan anda. Dengan sering melayari laman web/portal ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat terkini, cara penggunaan laman web ini dan bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak lain di dalam keadaan tertentu.

D.  PEMELIHARAAN HAK CIPTA
Anda dibenarkan mencetak, memuat turun (download) dan/atau memindah apa-apa maklumat dalam kandungan laman web/portal ini untuk kegunaan persendirian sahaja dan bukan bagi tujuan komersial. Anda tidak dibenarkan membuat apa-apa salinan, penyiaran, muatan turun, muatan naik, penyimpanan, pemancaran, penyesuaian dan/atau pengubahan melalui mana-mana cara dan bentuk terhadap maklumat dalam kandungan laman web/portal ini tanpa kebenaran dan kelulusan bertulis daripada Aflix Production Sdn Bhd. Sebarang modifikasi ke atas apa-apa maklumat yang terkandung dalam laman web/portal ini boleh atau akan mengakibatkan pendakwaan jenayah yang sewajarnya.

Dikemaskini pada 1 Januari 2023.

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart