TERKINI: Majlis perkahwinan, pertunangan dibenarkan bermula 1 Julai, wajib patuh SOP

Alhamdulillah… Semua majlis sosial seperti perkahwinan dan pertunangan boleh dianjurkan bermula 1 Julai ini.

Kerajaan hari ini telah mengumumkan untuk membenarkan penganjuran majlis sosial termasuk perkahwinan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan dihadkan masanya untuk tempoh tiga hingga lima jam dengan kapasiti kehadiran tidak lebih 250 orang.

“Majlis sosial ini merangkumi kenduri, majlis perkahwinan, ulang tahun perkahwinan, majlis keagamaan seperti tahlil, aqiqah, dan doa selamat, majlis-majlis seperti reunion, hari jadi dan lain-lain,” kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kapasiti ini juga tertakluk kepada saiz ruang serta penjarakan sosial. Makanan majlis perlu secara hidang atau bufet disediakan, pramusaji hendaklah menghidangkan makanan berkenaan,” katanya.


“Bagaimanapun, kita boleh melonggarkan iaitu walaupun ada buffet, tetapi ia diuruskan oleh peramu saji.

Harus diingatkan, penjarakan sosial sepanjang majlis tersebut berlangsung perlu diamalkan, termasuk memastikan kapasiti di dalam ruang tersebut.


Katanya, jika kawasan tersebut tidak boleh memuatkan 250 tetamu, ia perlu dihadkan antara 100 hingga 150 orang dalam kawasan tersebut (mengikut saiz kawasan).

Prosedur operasi standard (SOP) seperti merekodkan kehadiran tetamu, penggunaan cecair pembasmi kuman dan pelitup muka mesti dilakukan.

*Bagi bakal pengantin yang ingin abadikan kenangan hari bahagia, dapatkan pakej foto dan video berbaloi hanya di Sweetpictures

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart