Tanda lelaki sayang kita tapi malu nak tunjuk

Orang perempuan jangan rasa pelik kalau lelaki diam secara tiba-tiba. Orang perempuan jangan terkejut kalau suami sudah tidak macam sebelum berkahwin dulu yang selalu sebut “I love you”.

Ada sebabnya kerana lelaki bersifat begitu. Teruskan membaca untuk mengetahui tanda lelaki sayang kita, tapi dia tak tunjuk langsung.

Kenapa lelaki sayang tapi tak tunjuk?

Wahai isteri, adakah sikap suami yang selalu ambil berat dengan anda semasa belum berkahwin dulu, masih lagi sama?

Adakah dia masih lagi mengungkapkan sayang?

Adakah kita ada buat salah apa-apa, sampai suami cemburu?

Realitinya, rata-ratanya si lelaki masih sayang isteri.Cuma apabila sudah berumahtangga, dia tidak terlalu menunjuk-nunjuk kasih sayangnya.

Anda juga mesti bersangka baik, walaupun dia bersifat begitu, dia tetap seorang  lelaki yang baik.

Maka, izinkan kami berkongsi apakah ciri-ciri dan tanda-tanda lelaki yang sayang pasangannya, tetapi tidak mahu tunjuk, hingga dicop sebagai lelaki ego.

Dia selesa bersama pasangannya

Setiap saat bersama si isteri, itulah saat yang menggembirakan dia. Dia rasa seronok bila berada di samping anda, dan anda pun rasa begitu juga.

Bila dia tersenyum dan gembira bersama pasangannya, namun tidak sekali menyebut sayang, itu bukan bermakna dia tidak sayang.

Juga tidak bermakna dia ego.Mungkin dia tidak biasa.

Baginya, bila sudah selesa dan gembira, perlukah lagi mengucapkan sayang? Bukankah itu sudah bermakna sayang?

Tanda lelaki sayang kita, dia hormat keluarga mertua

Kalau berkahwin dengan si perempuan, itu maknanya si lelaki perlu berkahwin dengan keluarganya sekali. Mana boleh ambil anak sahaja, dan tinggalkan keluarga.Mahu panggil isteri sayang depan keluarga mertua, mungkin dia agak malu.

Bukannya dia seorang lelaki ego, cuma dia tahu batas-batasnya.Buat apa tunjuk kasih sayang pada orang lain?

Tanda lelaki selesa dengan kita, dia mendengar bebelan anda

Bukan setakat mendengar sahaja. Si lelaki ini mendengar dengan penuh minat dan semangat.Segala apa yang keluar dari mulut anda, adalah halwa telinga dia.

Kalaulah dia lelaki ego, dia akan abaikan apa yang anda kata.Jika sudi mendengar, walalupun sekadar angguk-angguk, itu petanda dia ambil berat tentang anda. Itu petanda dia sayang anda.Jadi, janganlah berburuk sangka.

Tanda lelaki suka kita tapi malu, dia mesej anda tak kira masa

Memang ada jenis lelaki yang suka ignore perempuan dan jenis lambat balas mesej.Namun, antara jenis satu lagi.Tanda lelaki sayang kita ialah dia akan selalu bertanya khabar tentang kita. Namun hanya mesej di Whatsapp sahaja.

Bukan secara berhadapan.Rasa sweet sangat bila dia ambil berat tanya kita sudah sampai tempat kerja, sudah makan atau belum, dan bertanya penat atau tidak setelah seharian bekerja..

Lelaki yang sayang kita akan nampak macam angau dengan kita.Bagi anak dara, harap-harap, itu bukanlah hanya permulaan perkenalan sahaja. Semoga berpanjangan ke jinjang pelamin.

Lelaki ini, kadang-kadang cemburu

Perlu diingat, ini bukanlah cemburu yang lebih-lebih. Sekadar cemburu untuk mengambil perhatian.
Jika kadang-kadang, ini masih lagi comel.

Jika selalu, ia akan nampak annoying.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart