Posted on: October 20, 2020 Posted by: Fadhilah Comments: 0

Menjelang hujung tahun, dimana kebiasaannya adalah waktu-waktu orang melangsungkan majlis perkahwinan, kami ingin berkongsi dengan anda antara pantang larang orang dulu-dulu buat bakal pengantin.

Pantang larang dengan masyarakat melayu berpisah tiada. Setiap apa yang dilakukan, pasti ada berkait rapat dengan pantang larang. Meskipun kini kehidupan lebih moden, namun pantang larang yang diwarisi dari nenk moyang turun temurun masih tetap diamalkan dan diyakini kesahihannya.

Setiap pantang larang seiring dengan pelbagai petua untuk diamalkan bagi kehidupan yang lebih baik. Kami percaya setiap kaum punyai petua dan pantang larang tersendiri untuk diikuti. Namun, kini petua dan pantang larang menjadi satu pilihan dan bukanlah kemestian untuk diamalkan. Ini kerana perubahan gaya hidup masyarakat yang lebih moden dan menganggap ianya sebagai terlalu konservatif dan merepek.

Jadi, buat bakal mempelai di luar sana, jom lah baca!

No.1 
Jangan Sesekali Keluar Dengan Bakal Isteri Atau Suami Selama 40 hari Sebelum Akad Nikah. Sebaiknya jika Nak keluar, Keluarlah bersama & Ditemani Muhrim Perempuan.

No.2 
Lepas Maghrib Atau Lewat Malam , Jangan Keluar Langsung Jika tiada hal yang penting..

No.3 
Tidurlah Secukupnya atau yang terbaik dapatkan 8jam Tidur yang ideal. 

No.4 
Janganlah Tidur Di Atas Katil Pengantin , Kerana Tidak elok Dilihat Orang Lain ( tak sabar betul)



No.5 
Elakkan berjemur atau duduk di bawah matahari yang panas terik, jika tidak perlu. Ini Untuk elakkan kulit menjadi gelap dan kurang berseri.

No.6
STOP merokok !!

No.7
Tak Perlu terlalu kerap bertemu, keluarga lelaki atau perempuan untuk elakkan Fitnah.

No.8
Amalkan membaca Alquran atau Surah2 Bagi mengelakkan gangguan Syaitan dan Ubahlah diri , dekatkan diri dengan Allah Supaya mendapat Rahmat & Redha Nya.

No.9 
3 Bulan sebelum akad nikah , pergilah urut. Untuk kembalikan tenaga yang hilang.



No.10
Belajar Ilmu Rumahtangga, dengan bertanya , minta nasihat atau baca mengenai tips rumahtangga supaya nanti boleh praktikkan.

Leave a Comment