Posted on: October 6, 2020 Posted by: Fadhilah Comments: 0

Antara rutin yang selalu diamalkan oleh wanita yang menjaga penampilan adalah pemakaian masker muka.Walaupun dah banyak produk dan mudah didapati di pasaran, masker muka yang dibuat sendiri di rumah tentulah lebih memudahkan.

Pastinya jauh lebih murah serta menjimatkan berbanding rawatan facial di spa.Masker wajah ini merupakan cara merawat wajah yang sudah lama diamalkan ramai wanita sejak dulu lagi.

Terdapat banyak khasiat masker susu ini, antaranya:

– Mampu menghilangkan mata panda

– Mencerahkan kulit

– Mengecilkan pori-pori kulit

– Melembabkan kulit kering

– Menyamarkan noda hitam

– Mengencangkan kulit wajah

– Menghilangkan jerawat

Jadi tak rugi kalau kita cuba buat di rumah sesekali. Manjakan muka dengan bahan yang senang didapati di dapur saja.

BAHAN-BAHAN:

Putih telur

Lemon

Susu

tepung

CARA-CARANYA:

1. Campurkan bahan dan bancuh semua bahan hingga sebati. Bila dah sebati, ia akan membentuk seakan-akan krim macam dalam gambar di bawah ini.

2. Sapukan pada muka

Oleskan pada seluruh muka sehingga habis. Sambil-sambil oles boleh bagi urutan ringan pada muka yang penat dan letih agar lebih relaks.

3. Biarkan selama 40 minit kemudian bilas dengan air bersih. Siap.

Cuma guna bahan di dapur saja, anda boleh hilangkan flek hitam dan parut jerawat. Kalau rajin buat setiap minggu pasti dapat hasil yang lebih wow! Mudah saja, kan?

Sumber: Yanie Rosdi/Freepik

Leave a Comment