Tak makan lepas jam 8PM, Gadis ini berjaya turunkan berat cara DSSS

Hasil tidak pernah mengalah, Eleeza Natasha berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 37 kilogram melalui cara diet suku-suku separuh (DSSS) selepas setahun mengamalkannya.

Masih dalam usahanya untuk menurunkan lagi 10kg, Eleeza berkongsi bahawa dia memang menolak untuk minum air manis agar matlamatnya itu tercapai.

Alhamdulillah,hari ni genap 1 tahun buat Diet DSSS. Kiranya, semalam hadiah untuk birthday tahun ni kepada diri sendiri sebab berjaya buat tanpa give up😊

Banyak perubahan,yang dapat diri sendiri ni rasa.😄Tapi ada sikit lagi ni nak kena kejar target lagi,ada lagi 10kg target nak turun💪Start weight : 99kgCurrent weight : 62kgTotal weight lost : 37kg

Makan selewat-lewatnya jam 8 malam

Tips yang saya selalu amalkan hanya memang buat DSSS je dan jugak workout 3/4kali seminggu..Air manis memang tak ambik langsung..

Malam selalunya saye stop makan pukul 7 atau 8 malam..Sambil saya buat DSSS, sambil tu saya buat defisit kalori sekali..saya jaga kuantiti kalori makanan saya.😊

Selain itu, Eleeza turut menjelaskan bahawa ibadah solatnya juga terasa lebih mudah selepas berat badannya turun.

“Nak sembahyang pun dah tak sakit macam dulu. Syukur sangat. Banyak lagi, nak kena buang berat ni. Moga kali sentiasa istiqomah,” jelasnya.

Kredit: Eleeza Natasha

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top