“Putih Gebu!” Syura Selamat Bersalin Bayi Lelaki, Akhiri 12 Tahun Penantian Bergelar Ibu

Menarik untuk kami kongsikan satu berita gembira dari penyanyi Syura selamat bersalin bayi lelaki selepas 12 tahun menanti menjadi seorang ibu kembali. Hendak tahu lebih lanjut, jom kami kongsikan momen bahagia itu selanjutnya.

Anak muda yang lahir tahun awal 2000 pastinya tidak asing lagi dengan lagu-lagu irama Melayu asli seperti Nazam Berkasih dan Gurindam Jiwa nyanyian Syura Badron. Rasanya masih segar mengamit kenangan penyanyi tinggi lampai itu bernyanyi di pentas sambil mengenakan busana tradisional klasik.

Syura selamat bersalin di Johor

Pada hari Isnin, 13 Mac 2023 yang lalu Syura selamat bersalin seorang bayi lelaki di sebuah hospital swasta, Regency Specialist Hospital, Johor Bahru.

Berita gembira ini sebenarnya telah dimuat naik sendiri oleh suami beliau, Muhamad Farizat Ismail menerusi sebuah hantaran video di Instagram milik mereka sekejap tadi.

“Syukur Alhamdulillah… Pada 13 Mac 2023 isteri saya telah selamat melahirkan seorang putera seberat 2.5 kilogram (kg) secara normal pada pukul 9 malam.

“Syura dirawat sempurna oleh Dr. Thokha Muhammad di Regency Specialist Hospital, Terima kasih di atas segala doa yang tidak henti-henti dari semua. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala doa kalian. Terima kasih sayang untuk anugerah terindah ini,” tulisnya.

Beliau memilih untuk bersalin di Johor kerana sebelum ini doktor yang sama turut menyambut kelahiran bagi tiga lagi orang anaknya.

Jujur bagi Syura, dia berasa sangat bimbang sekiranya berlaku apa-apa komplikasi semasa kehamilan atau perlu melahirkan secara pembedahan apatah lagi ini kali pertama dia bersalin dalam tempoh 12 tahun.

Namun syukur atas kurniaan Allah, semua proses berjalan dengan sangat lancar seperti yang diharapkan.

Assalamualaikum, Muhammad Umar Eussof

Syura, 37 tahun dan pasangan turut berkongsi dan mendedahkan nama bayi mereka masing-masing dengan menulis pada kapsyen akhir berbunyi,

“Assalamualaikum dan selamat datang sayang daddy mummy, Muhammad Umar Eussof,” tambahnya.

Syura turut memberitahu suaminya begitu teruja menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka dan sanggup menemani sehingga ke saat melahirkan di dewan bersalin.

Mestilah suami teruja sebab ini kali pertama dia bergelar seorang ayah. Dia yang sambut bayi kami semalam sampai menggigil tangannya apabila melihat anak kami,” ujarnya.

Mengulas soal mempamerkan wajah anak, Syura berpendirian tidak mahu berkongsi wajah anak mereka kerana risau akan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Namun begitu, dia berjanji akan berkongsinya apabila tiba masa yang sesuai nanti.

Rakan artis titip ucapan tahniah

Assalamualaikum boy… Selamat datang baby. Selamat berpantang makcik Syura Badron.

Alhamdulillah ka tahniah ka.

syura selamat bersalin

Tahniah kak, selamat berpantang

Sekadar info untuk anda, Syura sebelum berkahwin dengan pasangannya kini pada 22 Januari tahun lalu pernah bergelar isteri kepada Mohd Fadhly Md Yassin pada 16 April 2006 namun berpisah pada Ogos 2015.

Hasil perkahwinan terdahulu, Syura telah dikurniakan tiga orang cahaya mata Nurul Dania Irdani, 15, Nurul Qaisara Sofia, 13, dan Muhammad Irfan Aryan, 11.

Diharapkan semoga artikel berkenaan dengan berita Syura selamat bersalin ini dapat memberikan anda informasi yang bermanfaat.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Syura dan pasangan atas kehadiran cahaya mata baru dalam rumah tangga mereka.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart