Sumpah cantik! 7 Inspirasi gaun perkahwinan tema Disney buat tetamu tak berkelip mata

Bakal pengantin boleh memilih pelbagai jenis gaun pengantin daripada romantic ball gowns, mermaid trains dan fit-and-flare hemlines!


Beberapa karakter Puteri Disney mempunyai 2 stail gaun pengantin yang berbeza mengikut namanya.

1) AURORA

Sesuai dengan pengantin puteri, gaun yang dinspirasikan oleh Aurora ini menonjolkan ballgown skirt. Dihasilkan menggunakan lebih 100 ela tulle dan kilauan tulle serta rekaan yang menonjolkan garis leher dan korset yang dihiasi dengan kilauan kristal sehingga ke skirt gaun. Sulaman bunga-bunga yang menarik di atas renda Alencon sehingga ke hujung hemline.

Gaun inspirasi daripada Aurora ini mempunyai garis pinggan yang diperincikan dengan kain renda Alencon. Menggunakan korset tanpa lengan dilapiskan dengan kilauan renda manik. Penggunaan cape yang jarang telah menaikkan seri si pemakai gaun tersebut.


2) JASMINE

Gaun inspirasi Jasmine telah menonjolkan karakter elegan dan kekayaan kepada si pemakai. Sulaman yang teliti dan manik yang berkilau di korset dan penggunaan butang di sepanjang belakang gaun.

Penggunaan crepe yang telah direnggangkan telah memberi gambaran yang mewah menonjolkan kain renda dan kilauan Venice yang mewah menutupi korset dan bahu. Reka bentuk yang unik dan artistik ini tidak dapat dilupakan oleh si pemakai.


3) CINDERELLA

Gaun ini menunjukkan garis leher si pemakai dan mempunyai 3/4 panjang lengan. Penggunaan glitter tulle di bawah tulle skirt telah dihiasi sebanyak 46,000 kristal dan 44,000 kilauan manik. Pada bahagian belakang gaun tersebut, terdapat butang yang menutup gaun tersebut dengan kemas.

Korset berbentuk V digunakan dalam menghasilkan gaun ini. Gaun ini dihiasi dengan berates-ratus kilauan kristal dan kain renda Alencon. Gaun bersifat feminin ini diindahkan lagi dengan lengan yang bertutup dan tulle yang berkilauan di dalam skirt.


4) POCHANTOS

Gaun yang bersifat moden ini telah menggabungkan garis leher yang berbentuk hati dan menggunakan spaghetti straps secara terperinci.


5) TIANA

Gaun yang ringkas dan elegan ini menunjukkan reka bentuk garis leher berbentuk hati dan tanpa tali yang lengkap dengan perhiasan di gaun yang menunjukkan kelas tersendiri.


6) ARIEL

Gelombang lautan yang membentuk telah diinsipirasikan dengan menggunakan lapisan tulle lembut dan organza. Penggunaan manik-manik halus di sepanjang garis leher dan penggunaan kesan chandelier yang menutupi bahagian belakang.

Perincian pada gaun tanpa tali telah menonjolkan sifat feminin. Pada bahagian belakang gaun, penggunaan mutiara sebagai butang yang menutupi di sepanjang gaun.


7) BELLE

Tulle skirt dan kilauan tulle digunakan pada gaun daripada Disney’s Beauty and The Beast. Hiasan renda Venice yang bersulam dan manik yang berkilau menghiasi korset dan garis leher di luar bahu menjadikan gaun klasik ini kelihatan moden.

Berinspirasikan romantik, gaun klasik yang mempunyai garis leher luar bahu dan kain renda Alencon yang meliputi seluruh gaun. Ballgown skirt yang menggunakan satin menampakkan gaun ini mewah.


Fabrik yang digunakan bagi menghasilkan gaun-gaun ini adalah mikado lembut, tulle yang halus dan chiffon yang telah diseimbangkan dengan fabrik organza. Setiap perincian yang ditekankan di dalam setiap gaun memberi peluang kepada setiap bakal pengantin untuk menggayakannya menggunakan stail tersendiri.

Setiap gaun-gaun pengantin mempunyai saiz dari 0 sehingga 30 untuk kedua-dua koleksi Disney Fairy Tale Weddings Platinum dan Disney Fairy Tale Wedding.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top