Suami isteri perlu tahu kunci hidup bahagia, jangan ego dan ikut kepala sendiri

Hidup berumah tangga sudah pasti inginkan bahagia. Adat dan lumrah kalau ada bertengkar atau bergaduh kecil. Semuanya untuk mengajar suami dan isteri bersabar dengan kerenah masing-masing.

Memperbaiki kesilapan adalah kunci hidup rumah tangga yang bahagia.

Sesungguhnya dalam melayari bahatera hidup bersama pasangan, banyak perkara perlu dipelajari bagi mencari kematangan dan kebahagiaan.

Kredit: posciety.com

Walaupun usia perkahwinan memasuki 10 tahun keatas, itu sebenarnya bukanlah kunci anda sudah tahu serba serbi tentang pasangan hidup. Sebenarnya masih banyak untuk dipelajari dan memahami. Ingat! dalam perkahwinan banyak hati perlu dijaga.

Nak hidup bahagia bersama pasangan? Ikut tips yang kami kongsikan ini.

1) Beri pujian kepada isteri atau suami

Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas.
Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Tak rugi sesekali memuji ister ataupun si isteri memuji suami sebagai usik mengusik. Tahu tak, usik mengusik tu adalah pengerat kasih sayang.


2) Dengar pendapat pasangan

Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka.
Isu semasa boleh dijadikan sebagai ‘ice-breaking’.
Kemudian, berbincanglah mengenai hal rumah tangga dan masa depan.
Suami boleh bertanyakan pandangan isteri mengenai masalah kerjanya. Begitu juga sebaliknya, isteri boleh bertanya suami agar suami rasa dirinya lebih dihargai.


3) Penuhi hajat isteri

Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi suami.
Bukankah pemberian itu melambangkan anda suami yang amat menghargai pengorbanan isteri. Isteri juga bolehlah penuhi hajat suami juga. Tak salah kan..


4) Anggap pasangan seperti diri sendiri

Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi.
Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami isteri.
Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta.
Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri.
Kemana anda pergi, wajah pasangan perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan bahagia.


5) Isteri bukan pembantu rumah

Banyak suami menganggap kerja-kerja rumah tanggunjawab isteri seratus peratus. Padahal dalam Islam, tidak ada hukum isteri wajib melakukan kerja rumah.
Cuma, ajaran Islam mengatakan wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaiknya akan dijamin syurga. Itu sahaja.
Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja rumah yang mereka lakukan. Dalam rumah tangga, buat kerja sama-sama kan lebih bahagia. Jangan berkira ok!

Kredit: Mingguan Wanita


6) Isteri juga manusia

Mereka ialah golongan wanita yang penuh dengan perasaan emosi.
Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira.


Namun, jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi. Jangan sesekali biarkan emosi isteri terganggu hanya kerana ego kita.


7) Ingat tarikh penting

Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi.
Cukup sekadar seutas jam atau sehelai tudung.
Jika ‘budget’ anda tidak mencukupi, memadai sekuntum bunga dan sekeping kad. Isteri juga sesekali berikanlah kejutan pada si suami tanda sayang. Berikan ciuman atau masak makanan kegemaran si dia. Pasti suami rasa dihargai.

Kredit: Bridestory.com


8) Bantu ringankan tugas pasangan

Suami perlu turun padang membantu isteri jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah.
Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk, cukup sekadar menggoreng ikan atau telur.


Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan anda masak.
Tentu dia gembira dan tersenyum.


9) Bawa pasangan berehat

Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri kebebasan baginya kerana isteri tidak dapat menghidu apakah dilakukan di belakangnya.
Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini.
Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat peranginan. Hargai isteri yang sudah penat menguruskan rumah tangga dan anak-anak.

Kredit: IG Haziq


10) Ciuman khas untuk isteri

Cuba tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat selepas penat bekerja.


Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Barulah cinta semakin berputik, ye tak?

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart