Stress kitaran haid tak normal? Ketahui masalah kewanitaan anda

Haih, risaunya bila masalah wanita ni datang menjelma. Bukan apa, bagi wanita kitaran haid yang teratur adalah impian ramai kerana ia juga memberi bayangan mengenai tahap kesihatan dalaman wanita.


Jika lihat dari kajian saintifik terdapat beberapa faktor individu mengalami kitaran haid yang tidak teratur. Antaranya:


  • Prolactinoma.
  • Masalah Endokrin.
  • Kurang kandungan air masak.
  • Polycystic ovarian syndrome (PCOS).
  • Menopaus pramatang (‘Premature menopause’)

Sebenarnya bukan faktor di atas saja tapi ada banyak lagi faktor lain cuma kena membuat pemeriksaan dengan doktor. Pastikan bila bab kesihatan dalaman elakkan membuat andaian sendiri.


Malah, sis telah menemubual seorang doktor perubatan di sebuah klinik, Dr Sultan tentang kes sebegini. Maklumlah, kita wanita perlu tahu lebih tentang kitaran haid lebih-lebih lagi bila corak tak teratur pada setiap bulan. Kalau awal, mesti lambat begitulah sebaliknya.

Menurutnya, apabila berlaku situasi ini maknanya individu tersebut sedang mengalami perubahan hormon kerana faktor usia atau telah melakukan hubungan intim.


“Bila umur meningkat hormon akan berubah sekaligus membuatkan kitaran haid terganggu. Begitu juga bila seorang wanita telah melakukan hubungan seks secara automatik darah akan keluar lambat sebab berlaku perubahan hormon,” jelasnya.


Kesimpulannya, setiap wanita perlu ambil tahu kitaran haid mereka sendiri supaya bila tak teratur rawatan boleh dilakukan. Rawatan pula bergantung kepada keputusan ujian yang telah dijalankan dan selalunya, kitaran haid itu boleh dipulihkan.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart