Stress jodoh tak kesampaian, Cuba tips ini untuk rawat hati

Disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Persiapan perkahwinan hampir siap, baju sudah ditempah, perunding perkahwinan pun sudah bayar habis, serba serbi persiapan berjalan dengan lancar.

Tiba-tiba perkahwinan terpaksa di batalkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Apa perlu anda buat dengan barang persiapan hari bahagia yang tak jadi berlangsung itu? Tak mungkin anda nak simpan untuk masa akan datang.

Dekorasi Dulang Hantaran

Jika penggubah dulang hantaran anda berdegil tidak mahu pulangkan duit, cari bakal pengantin yang sedang mencari penggubah dulang hantaran dan cuba tawarkan pakej yang sudah anda bayar kepada mereka. Setidak-tidaknya anda dapat separuh dari jumlah yang telah dibayar.

Perunding Perkahwinan

Untuk khidmat perunding perkahwinan yang anda bayar untuk majlis pula boleh digunakan untuk perkahwinan yang akan datang. Katakan pada dia yang anda masih berminat untuk menggunakan khidmatnya pada masa hadapan.

Persalinan Perkahwinan

Helaian perkahwinan anda semuanya sudah siap di tempah cuma tak berkesempatan untuk memakainya. Anda boleh jual di laman sosial dengan harga yang berpatutan, jika kena dengan yang berkenan adalah rezeki anda untuk menjualnya.

Kami faham anda tentu sedih kerana majlis tidak berjalan seperti yang dirancang. Jadi buat keputusan yang bijak untuk menangani setiap wang yang keluar untuk persiapan tersebut. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Jangan risau, jodoh yang baik pasti akan muncul.


Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart