SOP majlis nikah untuk bakal pengantin di Terengganu

Semua majlis akad nikah di negeri ini hanya dibenarkan dilangsungkan di pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Pejabat Agama Daerah (PAD).
Arahan majlis akad nikah hanya di pejabat agama itu bertujuan menjaga keselamatan orang ramai dan memudahkan pemantauan terhadap pematuhan tatacara.
Majlis akad nikah di rumah, masjid, surau TIDAK dibenarkan
Pesuruhjaya JHEAT, Mat Azmi Arshad juga berkata, pelaksanaan majlis akad nikah di premis persendirian, masjid, surau dan di tempat awam yang lain adalah tidak dibenarkan kecuali mendapat kelulusan khas daripada ketua pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Orang lslam negeri.
Manakala, kehadiran tetamu adalah tidak melebihi 15 orang dewasa dan keutamaan hanya kepada yang berkeperluan termasuk seorang jurunikah, pengantin lelaki, pengantin perempuan, seorang wali, serta dua orang saksi bagi pengantin lelaki dan pengantin perempuan.Dan tempoh pelaksanaan majlis akad nikah juga hanya dalam tempoh 30 minit sahaja.
“Individu yang mengalami gejala seperti batuk, selesema, demam dan sesak nafas tidak dibenarkan hadir pada majlis akad nikah terutama kanak-kanak dan warga emas berisiko. “Semua yang hadir pada majlis akad nikah hendaklah mendaftarkan nama, alamat semasa serta nombor telefon di dalam borang khas dan perlu diserahkan kepada pegawai agama daerah sebelum serta selepas majlis akad nikah,” katanya.
Selain itu, upacara adat istiadat dalam majlis akad nikah adalah tidak dibenarkan.Dan, pegawai agama daerah dan Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk diberi kuasa untuk menangguhkan majlis akad nikah jika ada antara ahli keluarga serta pasangan gagal mematuhi tatacara ditetapkan.