Soalan ‘Bonus’ tok kadi akan tanya yang mampu buat pengantin lelaki gugup

Buat bakal pengantin yang tidak lama lagi ingin membina sebuah “masjid” perlu tahu dan bersedia tentang soalan-soalan yang mungkin akan ditanya oleh tok kadi. Jadi, nanti tak adalah gugup semasa akad nikah, kan?

Teruskan membaca untuk mengetahui contoh soalan-soalan akad nikah:

1) Mengucap dua kalimah syahadah

Image result for syahadah


Rukun pertama dalam rukun Islam. Setiap Muslim dan Muslimah wajib tahu.

2) Istighfar

Image result for istighfar


Kenapa kita kena sentiasa beristighfar? Kerana kita hamba Allah yang tidak pernah lari dari membuat dosa dan kesilapan. Maka perbanyakkan beristighfar untuk melembutkan hati dan minta diampunkan dosa-dosa.

3) Surah Al-Fatihah

Image result for fatihah

Surah ini merupakan rukun dalam solat. Jika kita tidak tahu atau tidak lancar membaca surah al-Fatihah, bagaimana solat kita ingin menjadi sah? Maka lancarkan bacaan surah al-Fatihah serta betulkan tajwid. Niat bukan hanya untuk lepas soalan akad nikah sahaja, namun niatkan kerana Allah dan sentiasa memperbaiki diri.

4) Rukun Iman

  • Beriman kepada Allah S.W.T
  • Beriman kepada Malaikat
  • Beriman kepada kitab-kitab suci
  • Beriman kepada para Rasul
  • Beriman kepada hari akhirat
  • Beriman kepada Qada’ dan Qadar

5) Rukun Islam

  • Mengucapkan dua kalimah syahadah
  • Mendirikan solat fardhu 5 waktu
  • Berpuasa di bulan Ramadhan
  • Menunaikan zakat
  • Menunaikan haji bagi yang mampu

6) Doa Qunut

Image result for doa qunut

Doa qunut dibaca di dalam raka’at kedua solat Subuh.

7) Hadas Besar

Pengantin perlu tahu perihal hadas besar. Perkara-perkara yang boleh menyebabkan hadas besar, larangan ketika berhadas besar dan cara bersuci (mandi hadas).

p/s: Soalan-soalan akad nikah bergantung kepada kehendak tok kadi tersebut dan tiada dalam syarat rukun nikah. Walaubagaimanapun ini merupakan perkara yang wajib diketahui oleh umat Islam.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart