Simple! Nak kulit cantik tanpa ‘break out’, hanya urut muka dengan ais

Kita mesti pernah dengar petua cantikkan muka dengan kiub ais. Ada yang tuam, mengurut atau menggosok ais ke muka.

Bukan memandai-mandai, tapi model dan selebriti juga mengamalkan petua tradisi ini. Mereka mendakwa bahawa suhu sejuk membantu mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan, melicinkan kulit dan memberi warna senada secara keseluruhan. Malah, ada yang cakap bagus untuk membersihkan muka yang berjerawat juga.

Tapi betul ke dengan mengurut ais ke muka dapat membantu menyelesaikan masalah penjagaan kulit kita sehingga menjadi flawless dan glowing? Berikut manfaat menggunakan ais pada waktu pagi dan malam.

Kulit glowing

Bila meletakkan kiub ais ke muka, ia akan membantu melancarkan peredaran darah di mana kulit akan kelihatan bercahaya secara semulajadi. Untuk memberikan kesan yang lebih, boleh juga menggunakan kuib ais buah- buahan ke atas muka.

Mengurangkan noda

Penggunaan kiub ais dapat mengurangkan noda pada muka dan radang serta kemerahan jerawat. Boleh terus meletakkan kiub ais ke atas jerawat untuk beberapa saat sehingga merasa kebas. Boleh lakukannya setiap pagi dan malam.

Merawat lingkaran gelap bawah mata

Kombinasi jus timun dan air mawar yang membeku boleh diletakkan di bawah mata atau lingkaran hitam. Ianya dapat mengurangkan bengkak bawah mata akibat tidur lewat malam.

Penyegar kulit

Boleh menggunakannya sebelum memakai alat solek supaya liang pori mengecil. Keadaan itu akan menjadikan bedak asas lebih sempurna.

Closeup female face with water ice cubes at face

Pengganti alat solek

Carnya letak kiub ais di muka menggunakan kain balut. Ianya akan menjadikan kulit muka akan kelihatan berseri dan semulajadi tanpa penggunaan sebarang alat solek.

Menghalang kedutan

Penggunaan kiub ais pada kulit muka dapat melambatkan wujudnya garis-garis penuaan serta mengurangkan garis penuan yang sedia ada.

Perlu diingatkan, menggunakan kiub ais yang berbalut ke atas kulit muka akan memberi kesan yang sama sekiranya meletakkan kiub ais tanpa membalutnya. Sekiranya merasa tidak selesa, berhentilah. Elakkan meletakkan kiub ais di satu – satu tempat melebihi 15 minit.

Tahukah anda, di Iceland, menggunakan bunga dan herba dalam kiub ais adalah sebahagian daripada rejim kecantikan wanita sana. Ia mampu mengetatkan liang, mengurangkan keradangan dan memberi manfaat dalam mencerahkan kulit.

Pakar herba, Anna Rosa Robertsdottir dalam ensiklopedianya Icelandic Herbs and Their Medicinal Uses, ada menceritakan tentang kuasa perubatan herba asli yang terdapat di Iceland mampu memberi kebaikan kecantikan untuk mereka.

https://youtu.be/S-cjitlQCOI?t=3
Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top