Simpan rapi aib pasangan, jangan sesekali jaja keburukan di media sosial

Lelaki mempunyai peranan penting sebagai suami, bapa dan datuk yang kebanyakannya memegang tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Tanggungjawab ini dikongsi bersama wanita, sekali gus masing-masing mempunyai peranan sama penting dalam institusi kekeluargaan.

Dalam berumah tangga, pastinya tidak terlepas dari masalah yang melibatkan konflik antara pasangan. Ada begitu banyak perkara yang muncul, sama ada disebabkan oleh suami ataupun isteri. Kebiasaanya perkara itu berupa ketidakpuasan atau ketidaksenangan seseorang terhadap kekurangan yang dimiliki oleh pasangannya.

Walau demikian, sebagai pasangan suami isteri yang bijak, perkara sedemikian seharusnya diselesaikan oleh pihak yang terlibat saja, iaitu suami dan isteri tanpa ada campur tangan dari pihak ketiga. Ini kerana ianya melibatkan aib pasangan yang seharusnya disimpan rapi.

Dalam satu hadis riwayat Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidaklah seseorang hamba menutup aib hamba yang lain, melainkan Allah tutup aib hamba yang pertama tadi pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Imam Muslim -2590 dalam sahih-nya)

Daripada Ibn Umar R.anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang mencari-cari aib (atau kelemahan) saudaranya yang Muslim, nescaya Allah akan membuka aibnya walaupun dia berada di dalam rumahnya.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmidhi – 2032)

Perbuatan menyebarkan aib orang lain termasuk dalam sunnah sayyiah yang berdosa jika diteruskan oleh orang lain.

Kami kongsikan video-video ini sebagai pengajaran dan peringatan kepada anda yang bakal dan telah mendirikan rumah tangga. Semoga bermanfaat!

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart