Sengugut memang menyakitkan tapi boleh hilang hanya dengan makan petai sahaja

Sharifah Sakinah mencuri perhatian lagi!


Kali ini menerusi satu perkongsian video di mana dia memberi satu tips kesihatan yang boleh dianggap unik dan menimbulkan kemusykilan. Kata Sakinah, dia makan petai untuk mengelakkan masalah kemurungan, kebimbangan atau stres. Tidak perlu dimasak, atau melakukan perkara yang rumit, Sakinah menjadikan petai sebagai snek ringan – boleh dibawa ke mana sahaja dan makan dengan mudah.

“Petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yang akan bertukar kepada serotonin ketika berada dalam tubuh badan sekali gus menjadikan orang lebih relaks, gembira dan emosi lebih stabil,” jelasnya.

Tapi betul ke petai berkesan? Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh pusat kebajikan kesihatan MIND terhadap beberapa orang pesakit kemurungan, rata-rata mereka mengatakan akan berasa lebih baik selepas makan buah ini.


Ini disebabkan oleh kandungan petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yang akan bertukar kepada serotonin ketika berada dalam tubuh badan sekali gus menjadikan orang lebih relaks, gembira dan emosi lebih stabil.

Selain baik untuk masalah gangguan jiwa, petai ternyata puna khasiat lain seperti berikut:


Mencegah anemia

Anemia adalah sejenis kondisi yang mengakibatkan kekurangan sel darah merah dalam tubuh badan. Kesannya ia akan membangkitkan simptom-simptom seperti lemah, penat, pening kepala, mual, muntah dan mudah dijangkiti penyakit. Jadi, mungkin anda boleh cuba makan petai sebagai salah satu langkah alternatif selain daripada ubat.


Menstabilkan tekanan darah

Petai sangat tinggi dengan kandungan potasium namun rendah garam. Ini menjadikan petai adalah makanan yang sangat bagus untuk membantu menstabilkan tekanan darah. Kepercayaan ini telah dibuktikan oleh US Food and Drug Administration yang mengesahkan petai memang benar boleh membantu menstabilkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok.


Merawat PMS

PMS yang selalu kaum hawa kena. Untuk pengetahuan anda, premenstrual syndrome (PMS) adalah kondisi yang akan menjejaskan fizikal, mental dan kelakuan wanita ketika kitaran menstrualnya. Dikatakan dengan memakan buah yang kaya dengan vitamin B6 ini, ia mampu membantu mengawal kandungan gula dalam darah individu sekali gus memberi kesan positif kepada mood anda.

Ini merupakan cara Sakinah, tapi lebih baik jika anda merujuk kepada yang pakar. Hal ini kerana petai juga tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak. Menurut Dr Rafidah Abdullah, petai mengandungi kalium yang terlalu tinggi dan mungkin boleh memberi kesan kepada degupan jantung yang luar biasa serta berisiko membuat ia terhenti secara tiba-tiba sahaja!


Selamat Beramal dan Jaga Kesihatan.

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top