Seharian suntuk wajah ditutupi mekap, ini 5 ‘Air Magik’ bantu anda tanggalkan mekap selepas bersanding

Setiap dari kita mesti biasa dengar tentang kehebatan micellar water. ‘Air’ magik yang digunakan untuk menanggalkan mekap menggantikan cleansing oil atau apa sahaja produk cuci mekap.

Untuk para pengantin yang telah seharian suntuk menggunakan mekap yang agak tebal, pasti mempunyai masalah untuk menanggalkannya.

Bagi yang tidak tahu, micellar water mengandungi micelles yang merupakan molekul kecil dengan tekstur seperti air yang dapat mengangkat debu, kotoran dan sisa-sisa mekap walaupun yang kalis air bahkan juga kulit nampak lebih berseri dan terhidrat sentiasa. Semua jenis kulit boleh mendapat manfaat daripada micellar water tetapi mengesyorkan untuk mereka yang mempunyai kulit kering, sensitif atau berjerawat.

Untuk memudahkan semua, kami senaraikan 5 micellar water paling terbaik untuk menanggalkan mekap. Serius terbaik sampaikan yang jenis kalis air boleh hilang dengan bersih sekali.

1) Bioderma Sensibio H2O Make-up Removing Micelle Solution

Terbaik! Produk Bioderma ini boleh menanggalkan mekap kalis air dengan mudah tanpa dibuat banyak kali. Ia sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. Ia membantu dalam mengekalkan lapisan luar kulit anda dan mengandungi bahan-bahan dermatologi aktif yang hampir dengan komposisi kulit anda.

2) Simple Micellar Cleansing Water

Simple ialah jenama yang mesra kulit tanpa penggunaan bahan was-was. Simple Micellar Cleansing Water menghidrat kulit sambil membersihkan semua kotoran dan kusam dari wajah anda. Dibuat dengan air yang dibersihkan tiga kali, ia mengandungi campuran bahan semula jadi yang terbaik untuk kulit.

3) Garnier SkinActive Micellar Cleansing Water

Pembersih wajah berformula tanpa bilas mampu membersih serta menghilangkan kotoran wajah dalam hanya satu sapuan sahaja. Kalau anda membersih muka dua kali, biarlah produk ini menjadi produk kedua yang anda gunakan. Ia akan bertindak sebagai toner dan anda hanya perlu melembapkan muka selepas mencuci. Paling menyeronokkan, apabila anda tidak dapat akses kepada air bersih seperti jarak jauh penerbangan dan perkhemahan, inilah ‘magik’ yang menyelamatkan anda.

4) L’Oreal 3-in-1 Micellar Water

Produk ini direka untuk membuang mekap pada wajah, bibir dan mata dengan teliti. Ia dibangunkan dengan teknologi micellar baru dan mengandungi molekul micellar yang unik untuk pembersihan lembut dan menyeluruh. Ia meninggalkan kulit anda terhidrasi dan segar. Ia sesuai untuk orang yang mempunyai jenis kulit sensitif, berminyak dan kombinasi.

5) Biore Micellar Cleansing Water

Biore Micellar Cleansing Water adalah cara sempurna untuk cepat dan berkesan menghapuskan mekap dengan bersih sekali, boleh diguna pada wajah, bibir dan mata. Dirumus khas untuk kulit kombinasi, produk ini langsung tidak memberikan kesan kerengsaan malah membuatkan kulit terhidrasi dan segar.

Mudah didapati dan berharga mampu miliki, kesemua produk micellar water di atas boleh beli di mana-mana farmasi berdekatan anda.


Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top