Posted on: November 13, 2020 Posted by: Fadhilah Comments: 0

Anak kepada bekas pelakon Allahyarham Azmil Mustapha, Nur Alya Iman mula dikenali ramai melalui lakonannya dalam Senafas Rindu yang disiarkan di saluran Astro Ria.

Ditanyakan tentang keselesaannya menulis dalam Bahasa Inggeris di Instagram miliknya, Alya tersenyum.

“Pertamanya Alya mengaku Alya sangat teruk dalam Bahasa Melayu. Sebabnya adalah kerana Alya dulu tinggal di Syria dan di Syria, bahasa kedua mereka adalah Bahasa Perancis.

“Walaupun Alya ada ramai kawan-kawan Melayu di Syria, tapi hampir setiap masa Alya dengan Baba, Alya berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Dalam keluarga pun kami lebih banyak bercakap dalam Bahasa Inggeris dan Alya pun dah terbiasa.

“Bila balik daripada Syria pun Alya masuk Sekolah International, jadi kawan-kawan Alya kebanyakannya adalah bangsa asing dan kami bercakap dalam Bahasa Inggeris.

Tambahan lagi, di tempat kerja juga Alya berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Mungkin sebab itu Alya lebih mudah menulis dalam Bahasa Inggeris daripada Bahasa Melayu,” terangnya panjang lebar.

Tambah Alya, itu sahaja sebabnya mengapa dia lebih selesa menulis dalam Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu.

“Kadang-kadang Alya cakap saja dalam Bahasa Melayu. Alya tak cakap yang Alya nak ke tepikan Bahasa Melayu.

Ramai sahaja orang Melayu yang berbahasa Melayu mengikuti media sosial Alya. Mereka tanya soalan dalam Bahasa Melayu dan sebagainya.

“Dulu Alya memang nak tunjukkan apa yang orang nak tengok tentang Alya, tetapi sekarang Alya nak tunjukkan diri Alya yang sebenar. Alya tunjukkan apa yang Alya lakukan, Alya tunjukkan Alya bekerja, the reality of life.

“Ada ketika Alya tengah sedih, Alya akan tuliskan rasa hati sedih Alya, bila rasa down atau tak ada motivasi, Alya akan kongsikan quotes, dan quotes ni bukan nak tunjukkan pada orang lain, tetapi untuk diri sendiri juga,” terangnya lagi.

Menurut Alya lagi, sekarang ini dia mencuba sebaik mungkin untuk menjadi dirinya kerana di luar sana terlalu ramai yang suka membenci.

“Sekarang ni Alya rasa seperti kehidupan baru. Kat luar sana ramai sangat haters. Tak kira masa. Kita buat ini salah, kita buat itu salah. Jadi Alya pilih untuk memulakan hidup baru, untuk berkongsi apa yang sebenarnya, siapa Alya Iman, apa Alya Iman buat.

“Kalau dulu sanggup nak OOTD setiap hari, nak pakai makeup setiap hari hanya nak tunjukkan pada orang yang kita ni Instafamous atau selebriti. Tapi sekarang Alya lebih senang menunjukkan siapa diri Alya yang sebenar.

“Diri Alya yang sebenar adalah seorang yang bekerja separuh masa sebagai model, separuh masa sebagai pelakon yang merupakan hobi yang paling Alya minati serta mahu terus belajar mengenainya, dan sekarang Alya bekerja sepenuh masa, seperti orang lain juga.

Leave a Comment