Sama tapi tak serupa! Ini beza cili kering mengikut tahap ‘pedas berapi hingga tak pedas langsung’

Mungkin ramai dalam kalangan kita yang tidak tahu bahawa cili kering juga mempunyai pelbagai jenis mengikut tahap kepedasan. Perbezaan yang dapat dilihat adalah dari segi bentuk dan saiz cili tersebut supaya anda tahu jenis yang manakah menepati citarasa anda.


Dengan adanya perkongsian ini, barulah anda boleh pilih cili kering untuk digunakan dalam masakan sama ada suka yang pedas atau yang kurang pedas.


4 PERBEZAAN CILI KERING IKUT TAHAP KEPEDASAN


Tak habis-habis lagi perkenalkan jenis cili ni. Hadamkan ya…

1. GEMUK

Saiz besar, berkilat, biji yang banyak, kulitnya tebal dan liat, jika diblend, masih ada tekstur kasar, melainkan menggunakan heavy duty blender. Ia juga dinamakan sebagai cili kering kelantan,kerana banyak digunakan dan dijual di sana.Original: Thailand.


-Sesuai untuk semua masakan, dicampur dengan cili 668,273 dan Teja untuk dapatkan kepedasan yang seimbang dan warna merah yang cantik serta sesuai untuk dimakan oleh kanak² atau orang tua. Kalau tuan puan suka kan pedas, cili jenis ini tidak menepati citarasa tuan puan.


-Tahap Kepedasan: Tak Pedas*

2. 668


Tekstur kerinting, kurang biji, dan kulitnya nipis berbanding Cili Kering Gemuk. Mudah diblend sehingga halus tanpa menggunakan blender heavy duty. Original: Thailand.


-Sesuai untuk dimasak:Kuih popia sira, Kuih burger Malaysia, Sambal Ikan bilis, sambal udang petai, kuetiew goreng basah, mee goreng basah, mee kuah, laksa, nasi goreng cili kering, sambal telur mata/rebus/pecah, Shellout dan lain-lain.


Sesuai untuk tuan puan yang suka kan pedas.10 tangkai cili kering ini sesuai untuk satu hidangan 4 orang makan.


-Tahap kepedasan: Pedas*

3. 273


Saiz seperti cili padi, berkilat dan banyak biji.Kulitnya nipis dan mudah diblend menggunakan blender biasa sahaja. Tahap keepdasam sama seperti 668. Original: Thailand.


-Sesuai untuk dimasak: Rendang, Laksa, Mi Goreng, Sambal Ikan Bilis Nasi lemak , Sambal ikan, Sambal sotong, Asam pedas, Sambal ketam, Masak Masam manis kerapu, Ayam Masak kicap jawa, Daging goreng berlada, Ikan Talapia panggang bersambal,Pes Ikan Bakar, Ayam goreng mamak dan lain-lain.


-Tahap Kepedasan: Pedas*

4.TEJA


Rupa dan bentuk seperti cili jenis 273, tetapi sedikit kerinting.Tidak mempunyai batang. Jenis ini mempunyai kulit yang nipis dan mudah untuk diblender menggunakan blender biasa. Ia juga dinamakan Cili Kering Siam. ni tahap pedas dia tak boleh bawak bincang. Original: Thailand.


-Sesuai untuk dimasak: Ayam Masak Cili Kering Stail Cina Muslim atau jadikan flakes ( disangai/dibakar dalam oven dan blend kering) Sesuai untuk mereka yang sukakan pedas.


-Tahap kepedasan: Sangat Pedas


*Persamaan untuk keempat-empat cili ialah pijar apabila disentuh.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart