Sakit kepala fikir nak kumpul duit, try 8 tips kurangkan bajet kahwin

Bila rancang nak kahwin, perkara paling utama yang difikirkan tentulah tentang duit. Boleh jadi sakit kepala dibuatnya. Maklumlah, zaman sekarang apa benda yang tak mahal. Semua dah naik harga.

Jadi, disebabkan faktor kewangan yang terbatas maka bermulalah episod ikat perut dan membuat macam-macam kerja demi memastikan bajet yang diperlukan mencukupi.

Dalam Kajian Keluarga & Penduduk Malaysia Ke-5 2014 yang dijalankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), mendapati punca utama bagi lelaki yang lambat kahwin adalah disebabkan oleh masalah kewangan (56%), tiada calon sesuai (18.4%) dan ingin fokus kepada kerjaya (9.4%)

Kredit: Blog mazeer


Bagi wanita yang lambat kahwin pula, punca utama adalah disebabkan kesukaran mencari calon yang sesuai (35.7%) diikuti masalah kewangan (26%) dan kemajuan kerjaya (18.1%)

Daripada kajian ini, jelas bahawa kewangan merupakan faktor utama golongan muda gagal mendirikan rumah tangga.

Namun, masih ada beberapa tips bagi mengurangkan bajet perkahwinan yang boleh diamalkan oleh golongan muda.

Kami sediakan 8 tips yang boleh dicuba bagi membantu anda merancang kembali kewangan anda dengan bajet yang rendah.

1) Tetapkan perbelanjaan yang penting dahulu


Sebenarnya banyak perkara boleh dilakukan untuk memotong dan mengurangkan perbelanjaan-perbelanjaan di atas.
Sebagai contoh:

  • Pilih lokasi majlis yang tidak memerlukan kos tinggi. Dewan serbaguna dan rumah sendiri (jika ada ruang luas) adalah pilihan lebih murah berbanding hotel dan restoran mewah.
  • Hadkan bilangan menu makanan kenduri. Yang penting adalah menu utama iaitu nasi, lauk pauk dan air minuman. Menu-menu tambahan lain seperti burger, murtabak, cendol, roti john, kambing bakar; pilih jika berkemampuan sahaja.
  • Pilih pakej fotografi dan videografi yang asas pun sudah memadai. Tak perlu nak pilih pakej advance yang complete 3 hari 3 malam, nanti macam nak buat filem pula.
  • Pelamin juga boleh pilih pakej yang simple. Saya dulu pun pilih pakej mini pelamin bertunang untuk majlis perkahwinan, memang lebih jimat. Untuk hiasan bunga dan dekorasi pula, sewa sekali dengan pakej pelamin. Lebih jimat berbanding beli.
  • Untuk baju pengantin, menyewa dengan butik pengantin adalah lebih murah berbanding menempah khas. Kalau nak tempah juga, pastikan baju pengantin tersebut boleh digunakan juga pada waktu dan majlis lain, bukan sekadar pada hari majlis perkahwinan sahaja.
  • DJ dan PA sistem jika tidak ada pun tidak mengapa. Boleh sahaja pasang lagu dan muzik daripada komputer atau pun laptop. Bukan semua tetamu suka muzik yang kuat dan bingit.
  • Pilih barang hantaran kahwin yang berpatutan dan praktikal. Menghadiahkan set perfume mahal kepada orang yang memang tak suka pakai perfume adalah satu pembaziran. Last-last, dibiarkan sahaja nanti sampai hilang wanginya.
  • Kad jemputan kahwin, kalau boleh buat satu untuk kedua-dua belah majlis pihak lelaki dan perempuan. Lebih jimat berbanding buat berasingan sebab kuantiti lebih banyak.


Dan banyak lagi yang boleh dilakukan untuk kurangkan bajet, cuma perlu ikut kemampuan, kehendak dan kreativiti sendiri.

2) Berbincang dengan bakal pasangan

Kalau ada ruang dan peluang, berbincanglah dengan bakal pasangan tentang bajet majlis perkahwinan.
Penting untuk kedua-dua bakal pasangan faham tentang tahap kewangan sendiri dan buat perbelanjaan persiapan majlis perkahwinan mengikut kemampuan.
Perlu bersama-sama fikir dan pikul beban untuk majlis perkahwinan sendiri. Jangan diharapkan kepada sebelah pihak sahaja.
Apa-apa yang boleh dikongsi kosnya, berkongsilah.

3) Berterus-terang dengan ahli keluarga

Inilah dilema ramai bakal pasangan pengantin sekarang.
Nak diikut kehendak sendiri, tak memenuhi kehendak keluarga.
Nak diikut kehendak keluarga, tak sepadan pula dengan kemampuan sendiri.
Antara penyelesaiannya, berterus-teranglah dengan ahli keluarga tentang kemampuan kewangan sendiri. Tunjukkan jumlah duit simpanan yang mampu diperuntukkan untuk majlis kahwin.

4) Bertanya kepada yang berpengalaman

Rajinlah bertanya dan dapatkan pandangan dari orang yang berpengalaman. Ahli keluarga boleh memberi pandangan dan pendapat tentang majlis dan tetamu yang bakal dijemput.

Tanya juga rakan-rakan yang telah berkahwin, dari situ anda boleh merancang apa yang perlu dan tidak perlu.

5) Buat rangka bajet

Buat draf rangka bajet tentang kewangan yang anda mampu simpan. Dari situ senaraikan apa yang diperlukan serta harga setiap servis yang perlu dibayar. Daripada rangka bajet ini, potong apa sahaja yang tidak penting. Dan ini sedikit sebanyak membantu anda ‘cut cost’.

6) Pergi ekspo perkahwinan

Kalau ada ekspo perkahwinan yang dianjurkan berdekatan dengan tempat anda, rajin-rajinkan diri untuk hadir.
Senang, ramai perancang perkahwinan, penjual dan vendor berkumpul di bawah satu bumbung, jadi mudah untuk merancang persiapan majlis perkahwinan.


Boleh survey harga, boleh survey pakej-pakej yang sesuai.
Mana tahu, boleh dapat tawaran menarik pada harga berpatutan, jadi boleh jimat banyak.

7) Rajinkan diri buat DIY

Bab ini memang seronok sebab selain dapat menonjolkan kreativiti sendiri, dapat juga jimat belanja.

Contohnya, boleh gubah barang hantaran kahwin sendiri, jadi tak perlu upah orang lain untuk gubah.
Kalau pandai menjahit, boleh jahit sendiri baju pengantin.
Kalau pandai graphic design, boleh buat sendiri kad jemputan kahwin.

8) Gabungkan majlis

Kalau pengantin lelaki dan perempuan tinggal berdekatan, boleh bincang dengan ahli keluarga untuk gabungkan majlis dan buat satu sahaja.
Bukan itu sahaja, kalau ada adik-beradik yang turut sama nak berkahwin dalam masa terdekat, boleh turut bergabung sekali.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart