Raysha Rizrose Bertunang Dengan Pelumba F3, Bersedia Akhiri Zaman Bujang Dalam Masa Terdekat

Bagai cincin dengan permata, bagai pinang dibelah dua. Begitu sepadan sepasang kekasih ini, Raysha Rizrose bertunang akhirnya pada akhir tahun yang lalu dengan seorang jejaka kacak.

Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan sebuah bingkisan istimewa dari majlis pertunangan pelakon popular, Raysha Rizrose dan tunangnya, Nabil Jeffri.

Raysha Rizrose bertunang dengan pelumba Formula 3

raysha rizrose bertunang

“Alhamdulilah. I am officially engaged,” itulah tulisan yang mengisi ruang kapsyen di Instagram milik Raysha Rizrose.

Pelakon wanita yang pernah melakonkan watak Arumi atau Umi dalam Drama TV3 Slot Akasia, Bisik-Bisik Gelora di bawah arahan Riza Baharuddin itu telah memuat naik berita gembira tentang pertunangannya bersama kekasih hati, Nabil Jeffri.

Majlis pertunangan ini bukanlah baru tetapi ia telah pun diadakan pada 22 Disember tahun lalu secara tertutup dan hanya dihadiri oleh kaum keluarga terdekat bagi kedua-dua belah pihak.

raysha rizrose bertunang

“Ya, saya bertunang pada 22 Disember, tahun lalu. Saya memutuskan berkongsi berita pada hari ini sebab saya fikir jarak kami bertunang dan berkahwin agak lama, jadi saya rasa perlu berkongsi.

“Walaupun orang kata bertunang tak perlu dihebohkan, hanya nikah yang perlu dikongsikan. Tetapi, saya rasa mahu berkongsi dengan rakan media dan peminat saya sudah bertunang.”

“Insya Allah, saya sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinan, tidak lama sahaja lagi. Doakanlah semuanya dipermudahkan.”

Perkhabaran tentang berita ini juga dikongsikan oleh adik beradik pelakon Raysha sendiri iaitu Uqasha dan Nelydia Senrose. Mereka telah berkongsi beberapa foto ketika majlis pertunangan tersebut di Instagram Story.

Pernah putus, liku 10 tahun menyulam cinta bersama kekasih hati

Sebelum Raysha Rizrose bertunang, dia sudah pun menjalinkan hubungan cinta dengan Nabil Jeffri selama 10 tahun. Dan tempoh itu bukanlah satu tempoh yang singkat apatah lagi apabila perhubungan sudah mulai serius dan merancang untuk mendirikan rumah tangga.

“Kami berkenalan dan bercinta sejak dari sekolah lagi. Saya pun tidak sangka, cepatnya masa berlalu dan sekarang hubungan kami dah 10 tahun. Tak dinafikan juga, memang sudah perancangan ke arah perkahwinan.”

Setiap perhubungan juga pastinya tidak akan sunyi dari kemelut dalam mempertahankan hubungan masing-masing.

Raysha atau nama sebenanyar Farza Naquraisha Mohd Fariz pernah sekali mengalami putus cinta dengan Nabil Jeffri yang juga seorang pelumba kereta Formula 3 sepanjang 10 tahun percintaan mereka sejak dari sekolah menengah.

Mereka putus hubungan selama 4 bulan dan akhinya berbaik semula selepas Nabil berjaya memujuk. Begitulah jika sudah dinamakan jodoh. Jauh mana pun kita berlari dan lama mana pun kita berpisah, pasti akan bertemu semula.

Rakan artis turut gembira dan mengucapkan tahniah!

“Tahniah sayang. Saya tumpang gembira.” – Nabila Razali

“Tahniah cantik.” – Ruhainies

“Alhamdulillah tahniah sayang.” – Elisya Sandha

“Alhamdulillah, OMG. I am so happy for you adik.” – Catriona Ross

Diharapkan semoga Raysha Rizrose dan tunangnya ini dipermudahkan urusan semuanya dalam meniti hari sebelum bergelar suami isteri di hari bahagia nanti.

Kami dari Wedpedia mengucapkan tahniah atas pengumuman rasmi tersebut dan terima kasih ata kesudian berkongsi momen bahagia itu bersama semua.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
%d bloggers like this:
Shopping cart