Posted on: July 27, 2020 Posted by: Fadhilah Comments: 0

Tinggal satu minggu sahaja lagi umat islam di seluruh dunia akan menyambut Aidiladha dan rasanya ramai yang dah rancang nak hidang apa di pagi raya nanti.


Rendang ayam antara yang paling popular dan menjadi menu pilihan untuk dihidang kerana selain mudah dimasak ia juga sedap dimakan.


Kebiasaannya kita akan menyuruh penjual ayam memotong bahagian yang dikehendaki kerana itu lebih memudahkan. Betul tak?


Tapi sebenarnya kalau memotong ayam sendiri tak lah sesusah mana, malah lebih menguntungkan kerana kita akan dapat semua bahagian termasuk hati, kaki dan pedal.


Ini cara potong ayam yang betul dan mudah:
1. Letakkan ayam dalam posisi punggung di bawah. Koyakkan bahagian dada ayam daripada bahagian ke bawah sehingga terkuak.

2. Potong bahagian kulit paha kiri dan kanan, sampai ayam boleh terlentangkan.

3. Potong ayam menjadi dua bahagian (paha dan dada).

4. Belah dua bahagian bawah (paha kiri dan kanan).

5. Kalau ingin potongan paha drumstick, potong lagi bahagian paha menjadi 2 bahagian.

6. Belah bahagian dada menjadi 2 bahagian.

7. Potong bahagian dada (sekitar 1/3 dari keseluruhan dada dan sayap)

8. Potong bahagian sayap tepat di titik terdapat hujung tulang sayap bahagian dalam. Mudahkan?

Selamat mencuba!

Leave a Comment