Selepas 5 Tahun Hidup Menduda, Akhirnya Rashidi Ishak Kahwin Dengan Pengarah Kampung People

Permulaan bulan Februari ini, kita membuka tirai dengan perkahwinan seorang pelakon popular, Rashidi Ishak kahwin sekaligus menamatkan zaman dudanya dengan seorang wanita yang juga mempunyai kaitan rapat dalam dunia perfileman negara.

Rashidi Ishak kahwin lagi buat kali kedua

rashidi ishak kahwin

Lima tahun hidup menduda, akhirnya pelakon Rashidi Ishak kahwin hari ini dengan seorang pengarah sebuah drama popular di Malaysia.

Gerangan pemilik suri hati bagi Rashidi adalah seorang pengarah, Wan Hasliza Wan Zainuddin yang juga merupakan penulis, penerbit, dan pengarah bagi drama Kampung People, Keluarga Iskandar dan banyak lagi.

Jurusolek bocor rahsia

Berita gembira ini telah pun disahkan sendiri oleh jurusolek untuk drama dan filem iaitu Mas Hashim menerusi laman Facebook miliknya sendiri.

Mas Hashim telah memuatkan beberapa foto Rashidi yang segak dengan pakaian baju Melayu putih sedondon bersama Wan Hasliza yang ayu dengan baju kebaya serba putih.

“Tahniah Rashidi Ishak dan Wan Hasliza Wan Zainuddin. Semoga berkekalan hingga ke hujung nyawa,” tulisnya.

Anak-Anak teman Rashidi Ishak kahwin

Menerusi laman akaun Instagram anak perempuan Rashidi, Maryam Rashika ada cerita yang berbeza mengenai perkahwinan ayahnya itu.

“Ayah memakai kasut Nikes di majlis kahwinnya dan anak perempuan mengenakan Doktor Martens di majlis kahwin ayahnya.”

Hal yang sama turut berlaku oleh anak lelaki Rashidi, Mikhail Imran yang dikatakan berada di majlis kahwin berkenaan yang berlangsung di Masjid Sri Sendayan Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, seorang pengguna media sosial bernama Saiful Zaharie Zainuddin juga berkongsi foto di Facebook mendoakan kebahagiaan pasangan berkenaan.

rashidi ishak kahwin

“Alhamdulillah. 2 Februari 2023. Wan hasliza Wan Zainuddin dan Rashidi Ishak. Semoga bahagia ke akhir hayat,” katanya.

Rashidi sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon wanita popular Malaysia, Vanidah Imran pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran dan Maryam Rashika.

Rumah tangga yang dibina selama 17 tahun ini akhirnya terlerai jua apabila masing-masing mengambil keputusan untuk bercerai secara rasmi pada 9 Ogos 2018.

Kami dari Wedpedia mengucapkan Selamat Pengantin Baru, semoga perkahwinan yang dibina ini sentiasa dilimpahi rahmat, kasih sayang, kebaikan, kebahagiaan, dan berkekalan hingga ke Jannah.


Artikel Berkaitan:

Hannani Juhari
Author: Hannani Juhari

Leave a Reply

Scroll to Top