Rancang Perkahwinan Tema Bollywood? Ini 10 Lagu Hindustan Yang Pasti Menghangatkan Majlis Anda

Perasan tak, rata-rata majlis perkahwinan melayu sekarang pengantin bertemakan Bollywood. Tak cukup dengan pakaian, ada juga yang meriahkan dengan pelbagai acara seperti tarian dan nyanyian. Bagi yang betul-betul kaki Hindustan pasti tidak mahu ketinggalan untuk mengisi aura romantis, rentak gendang dan alunan lunak penyanyi Bollywood dari seleksi lagu-lagu yang menggamit memori percintaan.


Jika ada yang malu-malu nak buat acara menari, cukup sahaja anda minta Dj majlis pasangkan 10 lagu Hindustan yang bakal menceriakan tetamu dan keluarga.
1) The Medley – Mujhse Dosti Karoge
Tipulah kalau tiada siapa yang pernah menonton filem ini! Medley dari lagu ini terkandung hampir semua filem meletup dari zaman 70an – 90an.
2) Yeh Ladka Hai Allah – Kabhi Khushi Kabhie Gham
Lagu ini memang sesuai sangat majlis resepsi pada waktu malam seperti majlis berinai. Tidak berentak terlalu laju dan pasti dapat mengoyangkan bahu tetamu-tetamu anda.
3) Koi Mil Gaya – Kuch Kuch Hota Hai
Lagu ini ada sedikit elemen pop 90an, kalau lagu ini sampai ke telinga memang boleh tersenyum sendiri.
5) Pyar Ke Liye – Dil Kya Kare
Ingin cetuskan momen romantis? Nah, lagu Pyar Ke Liye ‘Untuk Cinta’ boleh anda hadiahkan kepada pasangan anda. Kalau amati betul-betul maksud lirik dan muzik dari lagu ini sangat sweet!
Pasti anda tersenyum manis diatas pelamin mendengarkan lagu ini.
6) Aksar Is Duniya Mein – Dhadkan
Filem Dhadkan memang menyayat hati dengan kisah percintaan yang tragis, tapi lagu Aksar Is Duniya Mein antara lagu pop balada yang wajib ada dalam senarai. Lagu ini juga berupaya membuatkan anda seperti ingin menari bersama pasangan dan tetamu. Meriah bukan?
7) Dil Hai Tumhaara – Dil Hai Tumhaara
Bila dengar sahaja lagu ini, pasti muncul perasaan ber’bunga-bunga’ mekar didalam jiwa. Ewah! Sesuai sangat untuk pasangan pengantin yang malu-malu tapi mahu.
8) Saajan Ji Ghar – Kuch Kuch Hota Hai
Saajan Ji Ghar sekali dengar memang semua dah tahu lagu ini memang ada irama untuk wedding ala Bollywood. Terasa aura nak menari ala hindustan apabila mendengar lagu ini. Ibarat cinta yang sedang berputik.
9) Janam Janam – Dilwale
Tak perlu diperkenalkan lagi tentang lagu ini. Romantik, cinta, bahagia semua ada..Langkap! Buat anda jatuh cinta kali kedua dengan pasangan. Lagu ini dikatakan mampu membawa pendengar terbang di awangan dan membayangkan cinta bersama pasangan. Amboi!
10) Tinak Tin Tana – Mann
Ini memang lagu hindustan yang pasti menjadi pilihan untuk menari dan menghangatkan suasana. Tak telan dek zaman filem Mann samalah dengan seleksi lagunya. Ingat tak, lagu ini menjadi nyanyian semasa babak menyiapkan majlis perkahwinan mereka. So, lagu ini memang wajiblah dimainkan di majlis anda nanti.
Jadi, bolehlah anda pilih lagu-lagu yang telah kami senaraikan ini dan mainkan di majlis hari bahagia nanti. Pasti majlis anda bertambah meriah.
[…] jika tema majlis berkonsepkan tradisi Jawa Tradisional tetapi makanan dari masakan Melayu seperti ayam masak merah, […]