Rancang majlis kahwin selepas PKP? Ini pesanan untuk pasangan pengantin sekeluarga

Orang ramai yang berkunjung ke majlis perkahwinan dinasihatkan untuk cuba elakkan meminta bantuan jurugambar perkahwinan merakamkan gambar menggunakan telefon bimbit atau kamera digital peribadi.


Perkara itu sudah menjadi satu kebiasaan, namun dalam situasi negara dan dunia yang kini dilanda pandemik COVID-19, tindakan itu perlu dielakkan.

Setiap jurugambar perlu meminimumkan seberapa banyak aktiviti berkaitan sentuhan seperti bersalaman dengan tetamu dalam majlis, cukup sekadar tunduk dan senyum sebagai tanda hormat.


Paling penting, buat masa ini, kurangkan atau elakkan meminta bantuan jurugambar perkahwinan merakam gambar menggunakan telefon pintar atau kamera peribadi.


Ia sebagai satu langkah berjaga-jaga dan mungkin ramai yang tahu, telefon bimbit itu merupakan salah satu tempat yang paling banyak bakteria.. cuma kita yang tak boleh nampak dengan mata kasar.

Pengapit pengantin mungkin boleh memegang hand sanitiser sepanjang majlis berlangsung untuk pengantin selepas bersalaman dengan tetamu.


Bagi jurugambar perkahwinan pula sentiasa memakai topeng muka dan membawa air minuman sendiri. Kerap cuci tangan dan bawa juga hand sanitiser. Sekurang-kurangnya ia mampu mengurangkan risiko penyebaran dan sebagai langkah keselamatan.


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah mengeluarkan panduan penganjuran atau menghadiri majlis tau kenduri kahwin. Antaranya termasuk tidak digalakkan bersalaman dan cukup dengan meletakkan tangan kanan pada bahagian dada sebelah kiri.


Selain itu, tuan rumah yang menganjurkan majlis turut dinasihatkan menyediakan hand sanitiser kepada tetamu sekiranya berkemampuan.
Tetamu juga perlu mengambil langkah sama seperti kerap mencuci tangan dan sekiranya bergejala, pakai topeng muka atau lebih baik untuk tidak menghadiri majlis berkenaan sebagai langkah keselamatan.

Fadhilah
Author: Fadhilah

We will be happy to hear your thoughts

Leave a Reply

Wedpedia
Logo
Register New Account
Shopping cart